Wednesday, July 17, 2013

Ini takdir-Nya


 MAJLIS ILMU

Dari Anas bin Malik, katanya, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

 "Apabila kamu lalu di taman syurga, hendaklah kamu masuk bersiar-siar dan menikmati segala yang ada dalamnya. Dikatakan apa taman syurga itu? Sabda Baginda: Itulah majlis zikir.”

(Hadis Riwayat: at-Tirmizi)

GAMBAR: Kunjungan Prof Muhd Kamil Ibrahim ke Johor Bahru
13 Julai: Surau Al-Taqwa, Bandar Baru Kangkar Pulai
14 Julai: Masjid Bandar Baru UDA


SILATURAHIM

Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang suka dilapangkan rezkinya dan dipanjangkan umurnya, maka sambungkanlah silaturahim 

(Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim)


Alhamdulillah.

Terima kasih Uncle sekeluarga sudi menziarahi kami sekeluarga.

Maaf, air saja.. semua makanan telah dibawa ke surau. Mama fikir, Uncle sekeluarga akan terus saja ke surau atas kesuntukan waktu. Kemudian akan terus kembali ke hotel usai tarawih. Rupanya, semua 'ladies' stay di rumah. Terharu!

Anyway, terima kasih..suka teh tarik air tangan saya. Berapakah markah terkumpul? haha

Sofea dan Nuha nampaknya tak puas 'melepak' atas katil kakak.. nanti datang lagi ya. Sara, cool aje.. tak kisah pun melepak di bilik yang hapak tu.

Gambar: satu-satunya gambar Unty yang ada dalam handphone.


Kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi;
Kalau diizin umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi. 

Singkat sungguh masa yang berlalu. Mana taknya harus bagi ruang juga untuk jiran-tetangga.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah.. ini anugerah dan takdir dari-Nya. Semua orang tercari-cari ruang dan masa untuk bertemu Uncle sekeluarga. Allah pula hantar Uncle sekeluarga terus ke rumah kami. Allahuakbar! Sungguh, ia nikmat Allah yang tidak mampu kami dustakan.

Alhamdulillah, ini takdir-Nya. Wallahua'alam.


**..if its meant to be its meant to be.. if its not then its not..**
(copy paste)


0 comments: