Saturday, June 6, 2009

JASA IBU

Ini adalah kisah mengenai seorang hamba yang begitu ingin membalas budi kepada ibunya yang sudah tua serta sakit dan tiada daya ia untuk bergerak.

Maka hamba ini memikul ibunya untuk berjalan ke Kota Mekah. Ibunya didokong dan diletakkan dibahagian belakang hamba ini. Ia pun berjalan sambil mengendong ibunya Untuk jarak lebih kurang 6 batu. Menyedihkan lagi, setiap kali ibunya bergerak, maka bahagian belakang hamba tadi akan melecet serta menimbulkan rasa sakit yang tidak tertahan olehnya.

Setelah sampai kekota Mekah, maka hamba tersebut membawa ibunya bertawaf serta mengerjakan haji kerana keadaan ibunya yang tiada upaya Untuk melakukan dengan sendiri. Setelah selesai, hamba tersebut menyambung perjalanan Untuk bertemu dengan Rasullullah.

Sewaktu bertemu Rasullullah, hamba tersebut bertanyakan tentang perjalanan dan kesakitan yang dialaminya dan mahukan kepastian tentang perbuatannya itu.:

Hamba: “Ya Rasullullah! Adakah perbuatan ku ini menyamai ataupun terbalas sudah segala pergorbanan ibuku selama aku hidup?

Rasullullah: “Ya Hamba! Belum lagi”.

Hamba: “Tetapikan aku sudah mengendong ibuku Untuk satu perjalanan yang jauh sehinggakan melukai bahagian belakangku ini”

Rasullullah: “Belum dan pernahkah kau bayangkan betapa peritnya ibumu sewaktu mengandungkan dahulu?



Moral of the story:
Selama 9 bulan ia mengandung dan ia membawa kita kemana saja tanpa mempedulikan kesihatannya atau dirinya. Ketika kita dilahirkan, pernahkah kita bayangkan betapa peritnya ibu melawan kematian atau keperitan serta darah yang melimpah keluar bersama kita. Setelah kita dilahirkan, Ibu menghitung jari-jemari kita dan bilamana cukup, Ibu begitu gembira dan bersyukur sekali pada Allah yang ia telah dikurniakan anak yang cukup sifatnya. Ayah pula hanya mampu berdoa agar kita akan menjadi seseorang insan yang beriman serta patuh pada perintah-Nya. Manakala ia terpaksa mencari keperluan kita bagi memastikan kita akan mendapat seperti orang lain dapat mengikut kemampuannya.

“Setelah kita dilahirkan, adakah pernahkah kita bayangkan betapa akrabnya ayah serta ibu dengan kita.”

“Ketika kita sedang mahu berlajar berjalan, siapakah yang membantu atau mengajar kita tanpa menghiraukan penat lelah bekerja sepanjang hari”

“Ketika kita sakit, merekalah yang akan berhempas pulas Untuk memastikan kita beransur sihat”

Wajarkah kita berani melupakannya?
Tentunya kita akan rindu pada mereka
Adakah kita rindu akan wajah mereka atau kasih sayang mereka?
Adakah kita rindu pada kaki mereka atau tanggungjawab mereka?

Siapakah yang kita rindu sebenarnya…..Ibubapa kita ataupun Allah?
Siapakah yang meniupkan sifat kasih sayang pada ibubapa kita……..?
Allah – Ya Rahman, Ya Waduud dan Ya Rahim
Siapakah yang meniupkan sifat tanggungjawab pada ibubapa kita….?
Allah – Ya Basith

Pantaskah kita melupainya atau memarahi mereka???
Maka disetiap hari, sedekahkanlah Al-Fatehah kepada Ibubapa kita.

Wallahua’alam.

0 comments: