Wednesday, June 24, 2009

Wabak Influenza A H1N1?

Berdasarkan maklumat dari media cetak dan juga elektronik, penularan wabak penyakit H1N1 atau juga dikenali sebagai "selesema b***" semakin menjadi-jadi. Namun di kalangan pengamal perubatan barat memanggilnya "swine flu". Sebelum ini kita seperti "tidak bernafas" dengan penularan wabak dari virus JE, sekarang wabak yang baru pula telah muncul, tapi dari haiwan yang sama.

Aku seperti phobia untuk kemana-mana, sebaik semua berita menasihatkan agar untuk sementara waktu kita semua tidak pergi ke tempat-tempat awam. Habislah rosak-binasa aktiviti hujung mingguku dengan mama yang suka window shopping.
Tiba-tiba aku seperti merasa sangat marah dengan para penternak khinzir. Sebenarnya dikalangan kaum minoriti tersebut, ramai yang tahu keburukan daging binatang itu. Mama beritahu, semasa dia di Tingkatan 3 guru subjek kesihatannya adalah seorang cina. Namun sebaik dia bersekolah dan mengetahui keburukan daging itu dia terus meninggalkannya. Begitu isteri dan semua anak-anaknya. Sewaktu aku bersekolah rendah di Sek Ren IJ Convent Johor Bharu, ramai di kalangan rakan-rakan dari kaum cina yang tidak makan khinzir.
Melalui pembacaan dan juga info yang diperolehi saat dari sekolah rendah lagi khinzir telah wujud sejak dari zaman Nabi Nuh lagi. Khinzir yang membuat onar di dalam bantera Nabi Nuh, lantas diharamkan oleh Allah swt untuk semua muslimin dan muslimat untuk menyentuh apatah lagi memakannya.

Keburukan demi keburukan terbukti akibat dari pembiakan tersebut, namun kewujudan penternakannya masih lagi berleluasa. Masalah yang paling nyata di Malaysia, para penternaknya sering dikaitkan dengan masalah pencemaran sungai-sungai berdekatan ladang ternakan mereka.Tapi untuk terlalu memprotes pun, ia adalah makanan tradisional turun-temurun nenek-moyang mereka. Apabila permintaan ada, tentunya wujudlah pembekal dan juga penternaknya untuk haiwan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi itu. Aku selalu berharap agar ditamatkan saja riwayat kesemua haiwan tersebut di mukabumi ini. Semoga wabak kali ini yang berleluasa di seluruh dunia akan membuka mata pihak berwajib untuk menanganinya secara total. Bila...? Tunggu sajalah...

0 comments: