Friday, August 14, 2009

DAIEKU TELAH KEMBALI..


Runtunnya rasa hatiku kala mendengar berita pemergian Daie kesayanganku, Ustaz Asri Rabbani. Dari zaman anak-anak sehingga ke usia ini, aku membesar dengan lagu-lagu dan zikir alunannya. Saat 5 tahun menuntut di Bukit Mahkota, merdu suaranya sentiasa menjadi halwa telinga kami melalui corong pembesar suara. Lagu-lagunya jualah yang menjadi pilihan para pelajar lelaki setiap kali terlibat dalam persembahan nasyid.

Pergilah dengan tenang wahai Daieku... pergilah dengan tenang dan berehatlah sepuasnya sehingga hari akhir nanti. Kau telah sempurna menunaikan amanahNya. Kan ku titip Fatihah dan doa, agar kau terus dalam rahmat Allah.

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

~~Al- Fatihah~~

0 comments: