Thursday, December 3, 2009

IHTIFAL SUKAN

Dalam entry sebelum ini ada dinyatakan yang aku terlibat dalam sukan bola tampar di kolej.

Sebenarnya bukan setakat saja-saja main di kolej, tapi aku telah terpilih mewakili kolej untuk ihtifal sukan di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) iaitu sebuah Institut Pengajian Tinggi Islam (http://www.ktim.edu.my/), dari 3-7 Disember. Lokasinya di Kuala Sungai Baru, Melaka. Semua kolej/univ Islam akan terlibat.

Tak sangkakan..~~ Aku sendiri terasa seperti bermimpi. Ianya berlangsung tanpa ku duga dan begitu pantas. Bermula dengan hanya menemani Mira berlatih dan kakak seniors melihat kebolehanku menimbang bola, langsung meminta aku untuk turut serta. Akhirnya aku yang terpilih dan Mira tidak. Uppss, maaf Mira!! Tapi kakak seniors mengatakan Mira tetap akan pergi, memandangkan dia telah mengikuti latihan penuh hingga ke hari pemilihan. Hoyeee..~~ Am glad to here that...ada lah aku kawan "susah dan senang".. huhuhu

Aku begitu teruja dan bersemangat menanti hari esok yang akan menjelang. Dijadualkan kami akan bertolak seawal 7 pagi, dengan menaiki bas kolej. Aku dan Mira telah berkemas awal, jadi malam ni bolehlah kami relax. Ok lah, nak tidur cepat..supaya terjaga cepat esok pagi...hehehe

Nite everybody..cheers!~~




1 comments:

en_me said...

ammvoiii akak tomato ittewww.. nak gi jauh kannns.. ihiks