Saturday, December 19, 2009

SALAM MA'AL HIJRAH 1431H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam maal hijrah..kepada semua. Alhamdulillah, masih dipanjangkan usiaku untuk menikmati segar dan wanginya puputan semilir pagi tahun baru hijrah 1431. Hari pertama tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 18 Disember 2009. Aku juga bersyukur, kerana masih diberi kesempatan dan peluang olehNya untuk berdoa akhir tahun 1430 hijrah dan awal tahun 1431 hijrah.

Aku bersyukur pada mu ya Rabb..~~ yang sentiasa mencukupkan rezekiku dan masih lagi diberi hidayahMu, hingga ke saat ini. Ameen, ya Rabb.

0 comments: