Monday, March 1, 2010

Bila tiada iman



Akhir-akhir ini lena ku terganggu oleh kisah bayi-bayi luar nikah yang di buang dan ditinggalkan dimana sahaja. Semua ini menunjukkan keruntuhan moral sebahagian dari remaja masa kini yang semakin dahsyat.

Belum lagi hilang kisah-kisah bayi malang dan tidak berdosa tersebut, kini timbul pula kisah pilu Syafiah Humairah yang mati akibat disepak terajang oleh insan berhati haiwan. Tergamak sungguh insan-insan yang terlibat mendera Syafiah sedemikian rupa selama hayatnya.

Melihat wajahnya yang tenang dan comel di dada-dada akhbar, alam maya dan TV sungguh meruntun jiwa halusku. Tidak terbitkah rasa simpati di hati mereka kala melakukan kekasaran ke atas anak yang hanya berusia 3 tahun itu? Aduhai.. terbayang di ruang mataku bagaimana si comel itu merayu agar tidak disakiti.

Jahil agama dan ketiadaan iman mengakibatkan mereka bertindak mengikut rasa, asalkan hati mereka puas. Firman Allah swt: "Adakah kamu anggap, bahawa Kami jadikan kamu dengan percuma (sia-sia) sedangkan kamu akan kembali kepada Aku?" - (Al-Mukminun:115)

Tahukah mereka bahawa anak adalah harta mereka yang kekal hingga ke akhirat. Nabi SAW bersabda, "Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan."

Anak adalah anugerah Allah yang tidah terhingga. Memelihara anak dengan baik sehinga dewasa adalah amanah Allah dan suatu ibadah. Nabi SAW sendiri sangat memuliakan dan menghormati kanak-kanak.

Ramai individu yang telah kehilangan sifat kasih-sayang dalam diri mereka. Sedangkan penyayang itu adalah antara sifat-sifat Allah dan juga antara 99 nama Allah. Mereka lebih rela mengizinkan perangai syaitan durjana meresap ke dalam hati dan perasaan mereka.

Aku berdoa semoga ibu Syafiah dan semua ibu-ibu terlibat yang membuang bayi mereka akan sedar dan bertaubat ke jalan Allah. Pulanglah kalian ke pangkal jalan. Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Bertaubatlah kalian sebelum terlambat.

Semoga kita semua diampunkan segala dosa, dibersihkan hati kita yang sentiasa berburuk sangka dan memandang hina terhadap insan-insan yang melakukan kesilapan. Manusia itu memang selalu alpa dan berbuat silap.

Aku juga adalah tergolong dari kalangan mereka yang berbuat silap dan alpa.. ampunkanlah aku, ya Rob.. ampunkan kedua ibubapaku, adik-beradikku, saudara-maraku, serta muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Peliharalah kami dari fitnah dan hasutan syaitan, peliharalah kami dari fitnah dajjal dan peliharalah kami dari api neraka. Ameen, ya Robbal 'alameen.

1 comments:

zulkbo said...

Salam Humaira..
memperkatakan tentang iman dan kisah adik yang mati dipukul ni memang ada benarnya..tapi pada saya semoga yang bersalah diadili seadilnya..buat ibu si mangsa yang ramai orang mempersalahkannya.saya harap beliau bertaubat dan mungkin akan menjadi insan yang jauh lebih baik..sesamalah kita memberi semangat kepadanya untuk membaiki kesilapan yang lalu..manusia mana yang tak lari dari membuat dosa dan salah..hanya taubat Allah mengatasi segalanya..