Saturday, April 17, 2010

Selamat Pengantin Baru, Pa'ah

Hari ini rakan sekolej - Syarifah Farhah @ Pa'ah- menjadi raja sehari dengan pasangannya Cikgu faizal, gurunya semasa menuntut di Maahad Pontian. Majlis persandingan diadakan di Dewan Bandar Sri Alam, Masai.

Bila tiba di dewan tersebut, rupa-rupanya ayah Pa'ah kawan ayah dan makcik Pa'ah (kakak ayah Pa'ah) dan suaminya adalah office mate ayah yang memang ku kenali sejak zaman anak-anak.Suaminya ku kenali sebagai Pakcik Osman dan isterinya ku panggil Mak Pah. Anak Mak Pah pula sekelas dengan ku semasa tadika. Kebetulan yang seterusnya pula, parents cikgu Faizal x-office mates ayah yang telah pun pencen kedua-duanya dan juga memang ku kenal...@ Pakcik Mazlan dan Makcik Gayah. Aduhai... dunia yang luas tapi kecil sebenarnya.

Cantik sungguh Pa'ah dengan persalinan berwarna putih bersulam biru muda, mengikut tema keseluruhan. Cikgu Faizal yang tinggi lampai nampak kacak dengan baju melayu berwarna putih, samping biru muda dan tanjak di kepala juga biru muda. Mereka kelihatan sungguh sepadan, bagai pinang di belah dua.

Jodoh pertemuan, ajal maut memang tak terjangkau dek akal. Sampai masanya, memang tidak dapat di tolak dan disangkal. Di kala usia mencecah 2o tahun, Pa'ah telah memikul tanggung jawab sebagai isteri.

Selamat Pengantin baru Pa'ah dan suami.. semoga berbahagia rumah tanggamu hingga ke akhir hayat dan sentiasa mendapat rahmat Allah. Ameen, ya Robb.

2 comments:

Anonymous said...

salamm tomato, nape xleh nak komen entri baru, sodeyy tawww.. ;-(

thanx singgah blog haku yang xde apa2 tuh,

Humaira' said...

uncle thunbegia,
hehehe..saje...;)