Sunday, November 28, 2010

Tok Yang Uzur


Eid 2010 (Raya pertama):
Tok/Nenek di rumah Pak Ngah (Pt Hj Karim, Air Baloi)

25 Dis 2009:
di RR Pagoh - Heading to Melaka
(bawak Tok/Nenek jalan-jalan)

Saya dan keluarga baru sahaja pulang dari rumah nenek dan tok di Pekan Nenas. Kami menziarahi tok yang semakin uzur.

Nenek kata, 3-4 hari lepas tok demam. Lebih kurang pukul 2-3 pagi dia menceceh memanggil nama ayah, mama, syamil dan adik, kecuali nama saya. Saya memang merasa pelik. Seolah-olah dia seperti terlupa akan kewujudan saya. Akhir-akhir ini, setiap kali saya baru sampai dan bersalam degannya, pasti dia hanya menyambut tangan saya tanpa menyapa. Begitu juga setiap kali waktu untuk pulang. Jika dengan adik-adik saya, dia bersalam sambil mengucapkan terima kasih serta menyebut nama masing-masing. Wallahua'alam. Sesungguhnya, saya sedikit pun tidak berkecil hati, hanya terasa pelik sahaja.

Ya Allah, aku mohon padaMU.. kau pulihkan tok seperti sediakala dan dapat melakukan amal ibadat dengan sempurna. Ringankanlah rasa sakit yang ditanggungnya. Kau lapangkanlah hati nenek yang setiap hari terpaksa melayan kerenah tok yang sedang sakit itu. Kau limpahkanlah rahmat pada mereka berdua.. ameen ya Robb.

0 comments: