Thursday, January 20, 2011

Selamat Menyambut Thaipusam..!!

Ucapan ini khas ku tujukan buat sahabat-sahabat ku (semasa menuntut di SK I.J. Convent Johor Bahru) dan seluruh penganut agama hindu. Semoga kita semua terus hidup dalam aman damai hingga ke akhirnya!

Hari ini cuti umum di Malaysia. Namun begitu tidak semua syarikat swasta yang menjadikan Hari Thaipusam ini sebagai cuti umum mereka.

Andai berada di rumah nenek - di Pekan Nenas, pasti dapat melihat kesibukan keluarga India yang tinggal di hadapan rumah nenek membuat persiapan - Makcik Walimah dan suaminya bernama Pakcik Sami serta 4 orang anak mereka.

Alhamdulillah, hubungan kami memang baik. Makcik Walimah mula menetap di situ seawal taman perumahan itu di buka. Menurut mama, walaupun tok membeli pada waktu yang sama dengan mereka, namun agak lewat menduduki rumah tersebut. Moyang perempuan iaitu mak kepada tok (aku memanggilnya "Yot") dan dan 2 orang adik tok tinggal dahulu di situ. Tok dan nenek hanya berpindah ke situ pada tahun 1990.

Setiap kali hari perayaan masing-masing (Deepavali dan Hari Raya) kami saling berbalas juadah. Malah saat aku masih anak-anak sering beberapa kali mengikut mama, ayah dan nenek mengunjungi rumah mereka. Makcik Walimah sekeluarga sungguh pembersih. Rumah mereka lebih bersih dari jiran-jiran melayu yang lain. Anak-anak perempuannya yang tiga orang itu, sungguh rajin. Tidak pernah terasa habuk di kaki andai memasuki rumahnya.

Setiap kali membuat jamuan, mereka sentiasa membeli ayam dari peniaga Melayu. Nenek/ tok memang mengenali peniaga ayam tersebut. Ayam masak kari dan ayam masala mereka memang terbaik!!!

Bila aku mula tinggal di asrama dan atas kekangan masa, aku tidak lagi berkesempatan untuk ke rumah mereka. Begitu juga mama. Seringkali kami hanya berselisih di jalanan.

Biar jarak masa telah memisahkan kami namun kemesraan kami tidak pernah luntur.

5 comments:

izuan said...

gemar baca tulisan sebegini yang molek bahasanya. =)
teruskan usaha ya.

Hafiz Zaine said...

tak perasan hari nie Thaipusam.
HA.ha

Humaira' said...

cikgu izuan:
'buah cempedak di luar pagar'!!

Humaira' said...

inchik hafiz:
1 Malaysia!!! (jerit sambil angkat tangan kanan ke atas)
hehehe

Hafiz Zaine said...

yeah!