Friday, March 18, 2011

Jom Balik Kampung!

Jalan masuk ke..: Kg Pt Haji Karim, Ayer Baloi


Tanggal 5 Mac yang lalu, aku ke rumah Pak Ngah. Saja ziarah dan melepak, sebelum ke sekolah Syamil. Sebelah pagi dia ada latihan bola tampar, jadi dia minta kami datang ke sekolahnya selepas zohor.

Memang best lepak rumah Pak Ngah -tenang. Aku selalu berangan, betapa seronoknya kalau nenek dan tok tinggal di kampung. Boleh lah aku nikmati suasana segar di kampung seperti di rumah Pak Ngah. Waktu malam tidak perlu gaduh kepanasan dan mencari kipas. Sediakan saja selimut tebal untuk membalut tubuh. Lena hingga ke pagi. Silap-silap subuh di hujung tanduk. hehehe.. ~minta dijauhkan Ya Allah.

Impian aku, kalau ada duit melimpah-ruah nak beli tanah di kampung dan buat rumah. Kemudian buat bilik musola yang besar. Tidaklah tetamu datang terkial-kial mencari ruang untuk bersolat. Selesa pula untuk solat berjemaah.





segar dan hijau


Laluan masuk yang hijau dan segar begini memang buat fikiran yang kusut jadi lapang. Aku rasa terhibur bila ternampak burung-burung, rama-rama dan sesibu berterbangan. Bila malam menjelma pula aku boleh nampak kelip-kelip yang bercahaya berterbangan. Romantis!!



Rumah yang Pak Ngah duduki sejak 16 tahun lalu
[menumpang rumah mertua- hanya dia sekeluarga dan ibu mertua]
rumahnya sendiri di Taman Molek, tetapi disewakan

Keliling rumah boleh tanam bermacam-macam buah-buahan. Macam rumah yang Pak Ngah aku tinggal sekarang ni. Apa saja buah-buahan ada. Durian, rambutan, duku, ciku, mentega, limau bali dan beberapa lagi.



Nak makan pisang/ ubi atau keledek goreng, just ambil di belakang rumah dan goreng. Segar dan terbaek dari ladang wookk!! hehehe..

Serai, halia, lengkuas dan segala ulam-ulaman pun boleh di dapati berhampiran rumah. Tidak perlu terkial-kial ke pasar.

psstt, untie.. dah busuk la sebahagian isinya..hehe


Pokok bunga kantan



close-up: bunga kantan


Ciku


Tebu
** untie kata, kalau nak minum air tebu segar,
dia tumpang perah tebu di rumah jiran sebelah rumah [cikgu saayon]
dengan menggunakan mesin perahan tebu



pokok limau bali
[melempai ke rumah]


limau bali


pokok mentega
**pak ngah nak tebang, tapi mama tak kasi
pokok ni dah susah nak tengok di mana-mana
.



Pokok bunga kenanga
** bunganya kekal sepanjang masa
mewangikan halaman rumah dan semerbak hingga ke dalam rumah




::nota terakhir::
bila kami nak balik, pak ngah & untie sibuk bersiap nak ke majlis walimah anak sedara orang tu yg ngengada tak nak balik.. hehe



8 comments:

E n t o y C a i r o said...

bila dah tgk semua kawasan kg pt hj karim ni..still x leh nk bayangkan lagi umah pak ngah anda betul2 berada dimana...haisssh..

alamak..kantoi anak sedara pakcik dah kahwen..pakciknyer pulak terkial-kial nnti..hehe...

K said...

ouhh...homesick homesick...lame dah x balik...cam duk kt oversea lak xsempat nk balik~ :(

Humaira' said...

EC: anak mak kn rajin dok kt dapur jeks tlg mak..mana nk tau persekitaran kg.. lg la plaks kg sebelah..

BL @ kaled: amboiii....jgn smpi jd mcm tenggang sudah..:p

K said...

erkkk...jgn la ckp cmtu ayu...T_T
nak balik mmg x dapat la, every weekend ade je event yg kene handle...:(

Humaira' said...

BL @ Kaled: ayu paham la..hehe~ so bila cuti sem dok rmh dendiam tau.. bayar hutang yg xbalik tuh..(",)

K said...

huhu^^
tula, rase serba salah lak x balik2...dah lame kot xbalik...nak ckp balik ble, takut x dapat balik lak time tu...:(

akuamin said...

tugu batu pink love t'baik...i like that thing...

Humaira' said...

akuamin:
awak 'like'?? unik kan.. :p