Sunday, April 24, 2011

ISTIMEWA

::Sugar daddy (banker..hahaha) Terima kasih Ayah!!::


HARI ISTIMEWA
24-04-11: Hari ini memang hari istimewa buatku. Aku bersyukur padaMu, ya Allah. kerana masih diizinkan untuk bernafas di alam fana ini. Insan-insan terdekat tentunya memang sedia maklum akan kehadiran hari ini yang sememangnya istimewa. Terima kasih atas ucapan dan doa yang tidak putus-putus. Namun, sebenarnya ada sebab lain yang lebih istimewa. Perasaanku kala ini bercampur-baur. Sebak, ingin menangis, gembira dan ingin menjerit. Sakit jiwa? Uppsss, mohon dijauhkan.


KE 'TAMAN SYURGA'
Semuanya bermula dari Kuliah Isyak bersama Prof Muhd Kamil Ibrahim yang kuhadiri tadi. Alhamdulillah, DIA mengizinkan aku untuk duduk di majlis ilmuNya lagi. Sebahagian taman-taman syurga! Terima kasih ya Allah. Malam ini tajuk kuliah adalah 'Bagaimana Mahu Menghadapi Ujian'. 1 jam namun tidak terasa. Begitu jugalah kuliah-kuliahnya yang lalu. Contoh-contoh dan analogi yang diberikan adalah amat mudah. Ia dari pengalamannya sendiri dan juga dari peristiwa-peristiwa yang biasa kita lihat dan lalui. Setiap contoh yang diberi seringkali terkena batang hidung sendiri. Pipi ini seperti di tampar berulang-kali. Cara penyampaiannya yang jujur dan bersahaja membuatkan ceramahnya mudah sampai dan meresap ke hati. Selebihnya tentulah dengan izin Allah kenapa ianya mampu dirasai hingga ke hati.

Selepas ini, setiap kali malam minggu tentunya aku akan merindui wajah dan suara Prof setelah bersama selama 4 minggu [26 Mac, 2 April, 16 April dan 23 April] Entah bila dapat berjumpa 'live' lagi dengan Prof dan isteri. Maklum Prof sekeluarga akan bekerja di Madinah, bukan di KL atau Kedah atau mana-mana negeri di Malaysia ini. Tentu masih lagi mudah untuk berjumpa atau mengikuti kuliahnya di mana-mana. Bertuah sungguh Prof sekeluarga, dapat tinggal di Madinah. Semoga hijrah Prof akan jadi hijrah yang terbaik di sisiNya, sebagaimana Rasulullah SAW. Allahu Robbi.



INSAN ISTIMEWA


:: Puan Roza dan Prof Kamil.. ~mereka memang istimewa!! ::
[sumber: blog Puan Roza
]

Setelah menunggu 4 minggu, baru lah minggu ini berpeluang bersua dengan isterinya. Subhanallah.. tidak terkelip mataku bila saja terpandang wajahnya. Hingga ternganga mulutku. Aku benar-benar terpaku.. tidak tahu bagaimana mahu ku gambarkan dengan kata-kata, indah dan comel sungguh makhluk ciptaan Allah bernama Raudzah Roslan [Puan Roza]. Maafkan aku ya Allah.. sesungguhnya puji-pujian hanya layak buatMu. Namun begitulah yang terlintas di hati. Akhirnya Allah mengizinkan aku untuk memeluk dan mencium tangannya.. Alhamdulillah terima kasih, ya Allah. Bertuah Prof dikurniakan isteri yang baik dan cantik begitu. Tidak jemu mata nan memandang.


Aku ralit melihat dia bercakap. Hingga terlupa untuk mengambil gambar wajahnya, seperti yang mama pesan. Lunak dan lembut suaranya.. selembut tulisannya di blog miliknya. Dia kelihatan sungguh sabar dan tenang kala melayan setiap jemaah yang bersalaman dengannya. Lebih dari 50 orang rasanya. Semuanya di salami dan dipeluk selain dari kata-kata ringkas serta ucapan terima kasih yang tidak putus-putus keluar dari bibirnya untuk setiap orang. Sementara menanti giliran mama sampai, aku menjadi 'jurugambar' untuk beberapa jemaah.

Mama, orang paling akhir yang bersalaman dengannya -sengaja aku minta begitu. Mama membawa buku tulisan Puan Roza dan mahukan tandatangannya. Jadi tentunya memerlukan masa yang agak lebih. Kemudian kami sama-sama berjalan keluar masjid, sambil mama berbual dengannya. Aku hanya menjadi pendengar setia. Tidak mahu terlepas sedikitpun dari terus mendengar suara Puan Roza yang merdu itu. Ya Allah, sungguh aku serius.. begitulah kedengarannya di gegendang telingaku ini.


Setibanya di tangga masjid, mama dan Puan Roza masih terus berbual. Prof yang berada di tangga masjid berbual dengan jemaah lelaki sementara menunggu isterinya.

Tiba-tiba Prof bertanya [wajahnya memandang mama dan isterinya],
'siapa ni'

Mama menjawab, 'Kawan di blog, kawan kenal di sini' sambil mama menunjuk ke arah masjid.

Mama Panik. hahaha.. Seharusnya dia menjawab follower di blog.
Isterinya hanya tersenyum manis memandang.

Kemudian Prof bertanya, 'Mana Najwa'.

Isterinya dan mama menunjuk ke arahku. Isterinya berkata, 'Ini Najwa'.

Ya Allah, aku jadi tergamam. Rupa-rupanya Prof masih mengingati keinginanku untuk berjumpa isterinya, seperti yang telah ku catatkan di blognya.
[klik: di sini]


Kemudian Puan Roza bertanya, 'Hairani dengan Najwa tinggal serumah ke?'

Mama menjawab, 'Ini anak saya yang tua'.

Puan Roza ketawa sambil berkata, 'Ya Allah!'

Prof pula berkata 'Mak nampak muda'

Mama kata, 'saya dah 44 tahun'.

Puan Roza pula menjawab, 'sama..sama..' sambil tergelak manja. Comel.

Mama dan Puan Roza sebaya rupanya. Puan Roza pun apa kurangnya, nampak lebih muda dari usianya. Namun, kelihatan usianya dalam lingkungan 30an saja. Apa rahsia? Hehehe.. Subhanallah...




::"kawan gaduh dan ketawa"~ kami kelihatan sebaya? oh, tidaakkkk!!! ::



AKU ISTIMEWA?
Sepanjang perjalanan balik dan sehinggalah ke saat ini, aku masih lagi teringat peristiwa tadi. Masih lagi terbayang dan terngiang-ngiang Prof menyebut namaku. Ya Allah, dalam ramai-ramai orang di JB yang meninggalkan komen di blognya dia masih mampu mengingati namaku dan impianku.

Masih segar di cuping telingaku akan kata-katanya,
'Saya bawa isteri saya hari ini sebab Najwa'.

Allah, Allah, Allah.. terima kasih Prof, terima kasih Puan Roza, terima kasih ya Allah atas jodoh ini. Terima kasih ya Allah kerana membuatkan aku terasa seperti sungguh istimewa hari ini.



HADIAH ISTIMEWA DI HARI LAHIR
Inilah hadiah paling istimewa yang pernah ku terima dari insan istimewa di sisiMu ya Robb, di hari istimewaku hari ini. SELAMAT HARI LAHIR NAJWA.. semoga mampu menjadi seperti
Sayyidatina Sumayyah, Fatimah, Aishah, dan Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah [rujuk blog seorang mujahid], semoga menjadi seorang anak yang solehah dan semoga kau akan terus menjadi hambaNya yang istimewa di dunia dan akhirat. Ameen, ameen, ameen.. ya Robbal 'alameen.



Catatan,
-Humaira' Syafiqa @ Ayu Najwa Syafiqa Binti Azlan-

12 comments:

E n t o y C a i r o said...

first:

terima kasih...atas de uptade...=)

second:

kelihatanya anda skrg ini bukan cara penulisanya sahaja yang tanpak sudah berusia(berpengalaman luas)..namun wajahnya juga turut terkesan ye ceq najwa...hehe(JK)

third:

selamat ulang tahun yang ke 20...(mcm betul je)..barakallahu fik!!

Humaira' said...

hahaha jahat!!..eleh, nak kata org dah tua lah tu..~dusyuummmm!

nway tks for da wish.. dh 21 la!! Bukti sy mmg nmpk muda..kan..kan.. :p

areyad said...

yu.. tulisan ko semakin matang.. menunjukkan ko lagi tua dari aku yu.. hehe..

anyway.. selamat hari lahir..

areyad said...

yu.. tulisan ko semakin matang.. menunjukkan ko lagi tua dari aku yu.. hehe..

anyway.. selamat hari lahir..

areyad said...

yu.. tulisan ko semakin matang.. menunjukkan ko lagi tua dari aku yu.. hehe..

anyway.. selamat hari lahir..

Humaira' said...

yad,
sbenonye ko nk tulis aku cun kan..eleeehh, malu2 plaks..!!

tks yad, ingat bday aQ.. ^_^

E n t o y C a i r o said...

hehehe....

20 ek?..ok sory silap..

btw..

biarlah wajah itu kelihatan tua (x nampak tua pun)....asalkan hatiMU tetap mentaati kalam ilahi.

Robbuna yuhafizuk....

areyad said...

haha.. t kem slm kt mamako k.. lme xjmpe..

Unknown said...

Subhanallah!

Comelnya gadis solihah ini ya Allah. Semuga dia sentiasa di dalam pemeliharaan-Mu di dunia dan di akhirat.

Temukan dia dengan jodoh yang soleh, yang sekufu dengannya..

Humaira' said...

Puan Roza & Prof Kamil:

terima kasih, sudi jengah ke sini..bangganya saya!!

ameen..ameen..ameen, ya Allah..atas doa itu. doakan juga sy mudah untuk belajar juga ya!

Humaira' said...

yad - mama kata waalaikumussalam :)

Humaira' said...

entoy:

hehehe..tgok, 20 lg yg ditulis. mmg sy, muda!!

insyaAllah, doakan ya.. agar terus ditetapkan iman,taat padaNYA..

riko jugak nang kono, seng apik2 yo!

hidup JOWO.. :p