Tuesday, April 26, 2011

UJIAN

Manusia dan ujian (dugaan) bagai irama dan lagu. Ia harus ditangani dengan bijak. Jangan diikutkan rasa, kelak binasa.


Surah Al-Baqarah, Ayat 155:


"Demi sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan satu (ujian) iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang sabar (atas ujian itu)"


Jelas dari ayat di atas manusia adalah salah satu ujian yang akan kita hadapi. Dengki, khianat ianya adalah antara dugaan yang dibuat oleh manusia dihasut syaitan terhadap manusia lainnya. Manusia yang sentiasa cemburu akan kesenangan orang lain.

CEMBURU DAN FITNAH
Aku masih ingat ketika di sekolah, sesiapa yang menjadi kegemaran guru seringkali akan dicemburui oleh segelintir pelajar yang memang berhati busuk. Bukan saja ketika di sekolah menengah, malah ketika di sekolah rendah lagi telah pernah ku lihat situasi sebegini. Rakan-rakan perempuan atau lelaki yang sering menjadi sebutan (pastinya yang kacak atau cantik) sering juga dicemburui. Malah mereka yang terpilih untuk memegang sesuatu jawatan tertinggi di sekolah atau kolej/universiti pastinya ada saja komentar-komentar pahit mengenai diri mereka. Macam-macam fitnah yang harus ditelan. Perlukah semua itu? Tidak bolehkah turut sama gembira di atas kejayaan orang lain.

SURAT LAYANG
Tidak puas dengan fitnah dari mulut ke mulut. Ada pula 'sokongan' surat layang yang menulis perkara-perkara buruk mengenai individu yang dikhianati itu. Ingatkan di kolej tiada lagi perkara bodoh seperti itu. Hmm.. Allah saja yang maha mengetahui di atas segala-galanya. Kalau pun benar, keburukan seseorang itu, siapalah kita yang mahu membuka aibnya. Sedangkan Allah yang maha berkuasa itu menutup aib setiap orang. Allah..Allah..Allah..


Surah Al-Hujuraat, Ayat 12:

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (terhadap sesama muslim), kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan JANGANLAH KAMU MENCARI AIB ORANG dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu benci untuk memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"


KEDEKUT

Ada juga yang kedekut. Di hostel ada yang sanggup makan 'titbits' mereka di dalam locker. Boleh bayangkan? hahaha.. Mereka makan dengan kepala berada di dalam locker (almari besi yang tinggi). Aku fikir ianya tidak akan ku lihat lagi bila berada di kolej. Sama saja rupanya. Tapi bila mereka kehabisan 'titbits' tergamak pula mereka minta dari rakan-rakan. Rakan-rakan yang berhati keras, akan mengaku mereka juga kehabisan makanan. Aku, tidak kuasa..beri sajalah.

Minggu pertama ketika mula-mula tinggal di hostel aku sungguh terkejut berhadapan dengan situasi ini. Mama dan ayah telah mendidikku dari kecil, bahawa makanan itu adalah rezeki dari Allah yang harus dikongsi dengan orang lain. Begitu juga pesan Mak dan Tok Aji. Justeru setiap kali mama/ ayah datang tiap-tiap hujung minggu, pastinya locker aku akan penuh dengan makanan ringan. Sebaik ku masukkan ke locker, aku akan pesan pada semua rakan sebilik agar ambil dan makan saja jika mereka lapar. Tidak pula rezeki ku putus, ada saja yang dapat ku beli di hujung minggu yang seterusnya.

SINDIR
Aku pernah menerima sindiran dari beberapa individu yang mungkin tidak menyukai cara aku berpakaian ketika mula tinggal di asrama. Kakak-kakak senior, kawan-kawan lelaki dan perempuan. Memang aku naif dalam berpakaian ketika usia baru meniti remaja. 13 tahun.. semua tindakan hanya mengikut rasa cantik dan selesa (konon). Bila hampir ke penghujung tahun aku semakin berubah perlahan-lahan. Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah.

Pernah suatu ketika keluarga kami terserempak dengan kawan lama ayah di pusat beli-belah. Ketika berbual isterinya menzahirkan rasa gembira dengan sahsiah diri anaknya yang solehah. Alhamdulillah.. Katanya, anak dia jika keluar rumah harus memakai 'stongan' (hand sock) dan sarung kaki, sambil mata memandang ke arahku yang memakai tudung tapi tidak memakai sarung kaki dan 'hand sock'. Namun, kehidupan itu bagai roda yang berputar. Hari ini, -semenjak tamat sekolah menengah- anaknya itu tidak lagi bertudung labuh, tidak lagi bersarung kaki dan juga memakai 'stongan'. Malah sudah berani memakai kain terbelah. Aduhai..


Ya Allah yang maha mengasihani..
ampunilah semua dosa-dosaku dan juga sahabat-sahabatku,
kau tetapkanlah iman kami dan kau peliharalah kami dari hasutan syaitan
ameen ya Robb.


Jagalah hati, jangan buruk sangka dengan orang lain. Belum tentu yang baik akan baik ke akhirnya dan belum tentu yang tidak baik itu akan tidak baik hingga ke akhirnya. Justeru, berdoalah selalu padaNYA agar ditetapkan iman dan mohon agar tidak terpengaruh dengan hasutan syaitan.


BERSABARLAH
Ketika mula-mula tinggal di hostel, bila aku mengadu pada mama ada orang menyakiti hatiku atau memfitnahku dia akan meminta aku bersabar dan jangan membalas kembali. Biarlah Allah yang membalasnya. Sedekahkahlah fatihah sebanyak 40x pada mereka. Buat solat hajat juga. Itulah sebaik-baik cara bila mengadapi dugaan dan ujian. Hasilnya memang memberansangkan. Hati akan tenang.


Surah Al-Baqarah, Ayat 45:

"Dan minta tolonglah kamu (kepada Tuhan) dengan kesabaran dan (mengerjakan) sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang tunduk (kepada Allah)"


Surah Az-zariyat, Ayat 56:

"Tidaklah aku jadikan jin dan manusia,melainkan supaya mereka menyembah kepadaku"



Nota:
Ilham pilihan terjemahan ayat Quran, adalah hasil nota yang dicatat dari Kuliah bersama Prof Muhd Kamil Ibrahim. Terima kasih Prof.

9 comments:

akuamin said...

pengalaman mengajar...:)

HS said...

pengalaman adalah sekolah TERBAEEEKKK dari ladang!!

cik dila said...

hahah..teringt dulu mse zaman duk hostel..mmg betul2 ada yg snggup mkn depan locker semata-mata xnak bagi org lain nmpak makanan tu..lawak2..
btw..nice entry..=)

E n t o y C a i r o said...

apik banget riko sih ayu!!

keep writing najwa!!

robbuna yastur ya syafiqa!!

HS said...

cd:
warna-warni kehidupan kan..mcm2 habbit kan..

ec:
syukran ya ekh!!
wamboiii, mcm puzzle yg completed!! hehehe..~riko kelalen siji ne.. lek azlan!! :p

E n t o y C a i r o said...

x nak la sebut nama ur KOMENG..

Takut nanti di cop "nak bodek papa"..=P..haha..(nonsense).

mohon maaf paman azlan...kekeke.

HS said...

hahaha..
tersedak ayah kt opis..

E n t o y C a i r o said...

hahaha..
opis x pe ayu..

klw kat kebun sawit?
pasti terduduk dan terus terlayan ngan jemput2 bawang+air kopi yang di bekalkan oleh bonda tercinta..

ohh..i'm so realy missing the situation!!..

hahaha

HS said...

hah tu rindu kg, tp brangan nk g yaman yang tengah tak aman tu..balik kg jeks la..(bebel nih..garang x?) :p

dh puas2 kelon mk & ayah, g la jual air tebu/nenas potong kt tepi jln besar ayer baloi.. nanti tiap2 ujung minggu ayu beli (borong) masa gi bugisiah.. :p