Monday, June 6, 2011

Cendol 'LEMAN DAWI'

Selalu sangat dengar kehebatan cendol Leman Dawi dari Tok Aji dan Mak. Terbaru Pak Ucu pulak dah sampai tempat ni. Berapa kali pergi balik JB-KL-JB sentiasa terlepas peluang untuk menikmati kelazatan cendol yang menjadi sebutan mulut ke mulut. Malah pernah aku membaca kisahnya di akhbar dan TV. Cuma dah tak ingat TV dan akhbar mana.

Seawal 830 pagi aku bertolak dari rumah kakak di Semenyih. Ikut jalan dalam, melalui Beranang dan masuk bandar Seremban.Tidak sukar mencarinya, kerana kedudukannya yang terletak di laluan utama.

Ketika sampai, pagar belum dibuka bererti jualan belum bermula. Ayah menghubungi talipon yang tertera di kain rentang di pagar. Suara di sana memberitahu, pagar akan dibuka bila-bila masa saja. Alhamdulillah. Rezeki memihak pada kami kali ini.








Pelanggan pertama

Pelanggan ke-2


Ayah sedang meletakkan cendol mama.
Adik demam


Leman Dawi sedang berpantun

Dalam jug tu... cendol!
Nak tambah, tuang aje.. boleh makan sampai tak hengat.
P E R C U M A!!

Dalam tong biru tu ice. Percuma juga.

Syamil dah kekenyangan.
Dalam botol hijau tu ada air gula, kot cendol yang diberi kurang manis.
Tambahlah ikut selera masing-masing.

Wang yang dibayar akan di kembalikan RM0.50 sen.
(Pakcik Leman bersedekah 0.50 pada setiap pelanggannya)


Travelog Perjalanan, 2 Mei 2011

Bookmark and Share

3 comments:

E n t o y C a i r o said...

nasib baik x tunjuk cendolnyerrr..hehe..

HS said...

rasa dia biasa2 aje la achik. yg buat org ramai dtg tuh sbb, bayor utk satu mangkuk..tp bole tambah free sampai tak hengats..siap bole tapau free jugaks tau..best kan.

E n t o y C a i r o said...

oic..

haah yerlah...
benda free..semua best..
hehe