Thursday, October 6, 2011

Perginya Ketika di Julang

Kalian semua tentu sedia maklum kisah trajis dahulu kala, mengenai seorang raja yang mangkat ketika sedang di julang. Kisah yang amat masyhur sehingga di filemkan.

Baginda -Sultan Mahmud Shah II- mangkat dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan ketika mahu menunaikan Solat Jumaat.


"..Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Beberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba..." [sumber: wikipedia]

Masjid Al-Hadi, Kampung Makam, Kota Tinggi
Bahagian kubah sebelah kanan..di situlah makan Sultan Mahmud Shah II

kami berdebar ketika mendaki tangga untuk memasuki makam

sisi kanan

Makam Sultan Mahmud Shah II
-di bahagian tengah-

sisi kiri

Kalian percaya atau tidak, kalau saya katakan bahawa saya ini dari keturunan Laksamana Bentan. Hah! Jangan gelak. Ini adalah kisah benar ok! Demikianlah menurut kisah yang diceritakan oleh Tok Karim (tok belah ayah saya). Setiap kali ke Kota Tinggi dia akan bisa perut dan muntah-muntah. Namun, ianya tidak lagi dialami oleh anak-anak Tok, termasuk ayah dan juga saya pastinya! Alhamdulillah. Bagaimanapun, hanya Allah yang maha mengetahui atas segalanya...

Semoga roh Baginda Sultan, Laksamana Bentan serta isterinya dan roh Tok -Abdul Karim bin Kasim- akan dicucuri rahmat oleh Allah swt dan diletakkan bersama hamba-hamba yang dikasihinya. Ameen..ya Allah. Al-Fatihah.



Setelah itu, kami singgah sebentar -45 minit- di rumah adik nenek sebelah mama di Air Tawar 2, rumah Nek Mah. Rumah baru!! Alhamdulillah.. Cat pun tak siap lagi.

2 comments:

E n t o y C a i r o said...

alamak...baru nk p merisik..x sekufu' la pulok..heee

dasyat la darah pahlawan..

Humaira' said...

haha..sengal!!