Tuesday, December 20, 2011

TERIMA KASIH

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik. (An-Nur: 26)


BAIK HANYA UNTUK YANG BAIK?
Ayat di atas diturunkan ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol. Namun, Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.

Malangnya, ramai di kalangan kita yang menyalah ertikan ayat di atas. Mereka seringkali menolak insan-insan yang berakhlak rendah dan mengangkat tinggi mereka yang berilmu, apalagi yang kaya-raya. Aduhai. Belajar lah dari Ustaz/ Ustazah yang mahir. Harus diingat, wanita semulia Asiah pun dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim.

Siapapun jodoh kita yang ditentukan Allah, itulah yang terbaik sebenarnya. Allah maha mengetahui di atas segala sesuatu. Cantik bukan hanya di wajah, tapi juga di hati. Justeru, renung-renungkanlah..


TERIMA KASIH
Terima kasih pada semua yang sudi menjalin silaturrahim dengan saya yang serba kekurangan ini. Saya masih lagi bertatih tentang kehidupan di dunia dan juga kehidupan di akhirat. Tegurlah dan bimbinglah saya atas segala kekurangan diri.

Terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana mengisi hari-hari saya. Terima kasih kerana tidak mendikriminasi saya. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Terima kasih mengizinkan saya menjadi diri saya.

Kita mungkin serasi hari ini. Namun hanya Allah saja yang mengetahui apa yang akan terjadi di kemudian hari. Kalaupun kita tidak serasi hari ini, namun siapa tahu di kemudian hari kita akan menjadi sungguh serasi dan menjadi teman hingga ke syurga.

Saya hanya menusia biasa yang mempunyai sekeping hati yang seringkali rapuh. Maafkan saya andai saya ini telah mengguris hati kalian..


(Lagu latar: You're My Spring @ Scent of a Woman)

2 comments:

E n t o y C a i r o said...

terpuitis juga akhirnya..ngeh ngeh.

smptyz session ke? :

p/s: il fat fat...

Humaira' said...

EC:
erkk..puitis ke ni nyah? hehe..

nor sympatize, but my sincere appreciatian towards those who always near by me.. :)