Saturday, January 21, 2012

KITA HANYA MENTIMUN


Sabda Rasulullah SAW yang sungguh masyhur: Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahkan dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubahkan dengan lisannya, sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia mengubahkan dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman. (HR: Muslim)

Berhati-hatilah dalam berbicara.. berhati-hatilah kala membawa diri, terutamanya ketika di khalayak. Pesanan berulang-ulang dari mama, saat masih di sekolah rendah, hinggalah ke saat ini.

Naluri insan yang melahirkan seringkali tepat dalam firasatnya. Kewujudan syaitan memungkinkan segalanya. Ciri-ciri manusia yang sering alpa dan mudah cair dengan pujukan si durjana, menggerunkan hati setiap ibu dan bapa kala anak-anaknya berada jauh dari pandangan mata mereka.

Namun si anak yang telah menjadi jauhari yang mengenal manikamnya, tentunya tidak akan membiarkan si manikam miliknya dikhianati...

Pun begitu, jangan diikutkan rasa, kelak binasa..~ Kita hanya mentimun!!


Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim. (QS: 49/11)

nota: baca ini 

0 comments: