cantik? hebat? ..ia milik Allah!
Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaiki hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Hujurat: 10)
Rapuhnya hati kita sebagai hambaNya yang sering saja memalingkan wajah dan memutuskan silaturrahim, sedangkan jelas tertulis didalam Al-Quran untuk tidak memutuskan silaturrahim.
Tergamaknya mereka yang tidak mengindahkan insan-insan yang ingin menyambungkan silaturrahim.
Kasih-sayang yang padu
Semenjak kecil, aku di kelilingi insan-insan yang sentiasa memberi belaian kasih. Insan-insan yang menjadikan kasih-sayang dan ukhwah sebagai pakaian seharian.
Alhamdulillah.. Baby sitter yang pertama yang aku panggil Mak Yam dan suaminya ku panggil abah hingga kini, berjaya mendidik anak-anaknya hingga ke menara gading. Namun tidak pula pernah ku lihat mereka mendabik dada.
Bila Mak Yam harus melahirkan anaknya, aku di hantar ke rumah baby sitter lain, yang ku panggil mak sehingga ke hari ini. Anak-anak mak seperti yang pernah ku nyatakan sebelum ini semuanya seperti pakcik dan makcik ku sendiri. Mereka semua -4 orang- adalah insan hebat di luar sana.
Tentulah apa kurangnya dengan keluarga sebelah mama dan sebelah ayah. Adik-beradik sendiri usahlah di ambil kira. Apa yang ingin aku utarakan di sini adalah insan-insan yang tidak mempunyai pertalian darah, berpangkat dan berharta tapi sangat sudi untuk menjalin silaturrahim. Sudi untuk berkongsi kasih, kesusahan dan kegembiraan. Allahuakbar.
Itulah yang telah terdidik dalam diriku dan juga adik-adik. Kami diingatkan untuk tidak mempamerkan rasa tidak suka terhadap insan yang mahu menjalin ukhwah.
Tapi realitinya bukan semudah itu rupanya. Wujud insan-insan yang tidak sudi memandang walau sedikitpun, apatahlagi berbalas senyum. Berjabat tangan? Lagilah jauh panggang dari api. Masya Allah.
Ia kisah yang telah berlalu, tapi sesekali datang jua menyapa dan menganggu rasa, pun tidak sampai menjadi kudis.
Terima kasih Ya Allah
Kebesaran dan kasih-sayang Allah itu memang tiada tandingannya. DIA memberikan insan-insan hebat namun hati seputih kapas dan bicara selembut sutera. Mereka yang sangat sudi dan sentiasa sudi untuk mengeratkan silaturrahim tanpa rasa sangsi. Tanpa mengambil peduli segala rasa yang tersirat. Bukankah itu hasutan syaitan? Sesungguhnya, merekalah insan yang benar-benar cemerlang dunia dan akhirat. Allahuakbar!
Lihatlah di antara insan-insan hebat itu..yang sentiasa ingat pada rumput di bumi..yang sentiasa rendah hatinya..yang sentiasa cintakan silaturrahim
Kebesaran dan kasih-sayang Allah itu memang tiada tandingannya. DIA memberikan insan-insan hebat namun hati seputih kapas dan bicara selembut sutera. Mereka yang sangat sudi dan sentiasa sudi untuk mengeratkan silaturrahim tanpa rasa sangsi. Tanpa mengambil peduli segala rasa yang tersirat. Bukankah itu hasutan syaitan? Sesungguhnya, merekalah insan yang benar-benar cemerlang dunia dan akhirat. Allahuakbar!
Lihatlah di antara insan-insan hebat itu..yang sentiasa ingat pada rumput di bumi..yang sentiasa rendah hatinya..yang sentiasa cintakan silaturrahim
Keduanya Pegawai Tadbir dan Diplomatik - Pokde/Mokde
Professor/ Penulis tersohor - Prof Muhd Kamil
Penulis hebat/ Lecturer Universiti Taibah - Isteri Prof Muhd Kami,
- Puan Raudzah Roslan -
IT Engineer - Untie Pidah dan suami Uncle Mali
Mereka ini hanya contoh untuk beberapa orang, tapi sebenarnya ada ramai lagi. Tentu pelikkan, bila melihat mereka yang hanya biasa-biasa saja kehidupannya lebih sombong dari mereka yang berpangkat dan berharta..
Semoga Allah mengampunkan semua dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami, melimpahkan rezeki yang luas buat kami, diberi kesihatan yang berkekalan dan kekal dalam rahmat Allah dunia dan akhirat.
Ameen ya Allah.
0 comments:
Post a Comment