Sunday, March 11, 2012

Tanpa Mu

Jam loceng!

Besar jasanya dalam kehidupan kita kan..Macam-macam bentuk dan warna. Sesuai juga untuk dijadikan ole-ole ataupun cenderahati. Ketika hari guru di sekolah, itulah hadiah paling murah tapi berkualiti untuk diberikan pada guru tersayang.

Masa yang berlalu, bukan semua yang memanfaatkan kewujudan jam loceng.. Ramai 'insan mulia' yang sudi untuk mengambil tugas murni sebuah jam loceng. Bermula dari jam 2.30/3.00am, ada saja mereka yang baik hati untuk mengajak bersama- sama berqiamulail. Menderu-deru SMS masuk. Begitu juga saat masuk waktu solat subuh. Tidak kurang juga waktu- waktu solat yang lain. Allahurobbi..

Di rumah, jam loceng ku lagi hebat dan unik..boleh berkata-kata, menggeletek, menjerit, mengetuk pintu dan apa saja yang manusia boleh buat.. Jam loceng yang memiliki syurga. Bak kata Nabil, 'Lu pikirlah sendiri ..'

Terima kasih ya Allah atas kasih sayangMu! Aku hanya hambaMu yang lemah...yang memang selalu alpa. Ampunkan hambaMu ini ya Allah..


--------------------------------------
Selamat Pagi Semua, dengarkanlah nada
Suara dan irama, yang menyakitkan telinga
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Saat 7 pagi akan ku tersedar
Mungkin kerana kau, aku dapat merasa

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Awan pun turut terikut
Hingga pagiku sambut

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu,
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati