Friday, April 6, 2012

Akukah Itu..?

Sabda Rasulullah, "Sebaik-baik sahabat adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."

RINDU
Baru seminggu di rumah tapi aku telah pun terlalu merindui rakan-rakan sebilik. Ada 7 minggu lagi yang harus ku lalui tanpa mereka.. Ketika di kolej kami hanya terpisah ketika masing-masing menghadiri kuliah. Jika tidak, makan-tidur, suka- duka..bersamalah kami. Mujur maya dan talipon mendekatkan kami, Alhamdulillah..

EXAM
Ia berakhir Jumaat lalu.. Hampir 2 minggu bersengkang mata, semoga hasilnya kelak memberangsangkan. Insyaallah.. Bagi rakan-rakan dan kekasih gelap (lalalaaaa..) yang akan menghadapi exam tidak berapa lama lagi, semoga dilapangkan dada menghadapinya.. Allahumma ameen!

BILA SAMPAI MASANYA
Esok -Sabtu- seorang lagi sahabatku akan bernikah. Alhamdulillah..semoga dilancarkan lidahmu melafazkan akad. Ameen. Hujung bulan, giliran Kak Bella (x-senior di kolej) akan bernikah dengan pasangannya Abang Zam a.k.a 'Keris Paduka'.

Buat mereka yang sedang bercinta, semoga dikuatkan iman..menghadapi hasutan syaitan. Buat mereka yang telahpun bertunang, jangan nak gedix sangat..Ustaz Don pesan, jangan nak heboh kat orang. Aku bukan buat cerita..google YouTube kuliah Ustaz Don sana! K-bye!