Thursday, October 2, 2008

Syawal Nan Indah

Bahang Idul Fitri membuatkan aku begitu mudah untuk bangkit, sebaik tahrim subuh berkumandang. Usai solat subuh kami mula bersiap-siap untuk ke rumah nenek.

RUMAH NENEK

Seawal jam 730 pagi aku sekeluarga telah sampai di rumah nenek. Ayah mahu menunaikan solat sunat idul fitri bersama Tok & Pak Ngah serta adik-adik di masjid kampung kelahiran mama, kira-kira 4km dari rumah nenek sekarang. Aku, mama dan untie Nora (isteri Pak Ngah) membantu nenek mengisi kuih raya ke dalam bekas. Setelah ruang tamu siap terhias dan terhidang semua kuih-muih, aku mula berselera untuk menikmati ketupat segera dan lauk-pauk hari raya. Hmm... nikmatnya tidak terkata... :O

PAK UCU & PAK UDA
Awal pagi raya tahun ini agak hambar, kerana Pak Ucu & Pak Uda beraya di rumah mertua masing-masing. Isteri Pak Uda sedang dalam pantang anak kedua. Pak Ucu pulak, memang tiba giliran untuk beraya di rumah mertuanya.

Tiba-tiba nenek menerima panggilan dari Pak Ucu, yang akan balik ke rumah nenek, petangnya. Tapi dia tidak akan menginap; malamnya akan balik semula ke rumah mertuanya. 2 hari lagi dia akan kembali semula ke rumah nenek (hari Sabtu)

 

PARIT HAJI SIRAJ, KAYU ARA PASONG
Sebaik Pak Usu sampai, kami semua berkonvoi ke kampung kelahiran nenek, menziarahi rumah abang-abang dan adik nenek. Meriah sungguh, setahun sekali bertemu dengan sanak saudara yang sama-sama pulang ke kampung. Sepupu mama yang tinggal di Perak, juga ada.
Larut petang, aku sekeluarga pulang semula ke rumah nenek. Pak Ngah dan Pak Ucu pulang ke rumah masing-masing.

 

RUMAH TOK AJI, TAMAN DAYA
Malamnya, aku sekeluarga kerumah Tok Aji di Taman Daya. isteri Tok Aji yang aku & adik2 panggil Mak, adalah orang yang menjaga kami tiga beradik semasa kecil bila mama/ ayah bekerja. Kami sudah seperti keluarga sendiri. Rasanya aku lebih akrab dengan anak-anak Tok Aji/ Mak, berbanding adik-beradik mama/ ayah. Kini hubungan kami semakin erat, bila sepupu mama berkahwin dengan anak Tok Aji/ Mak yang bungsu (Pak Ucu Cah).

Tengah malam itu kami pulang ke rumah.. Berakhirlah 1 Syawal yang indah buatku.

0 comments: