Saturday, August 29, 2009

DIIKTIRAF?

SCENARIO YANG INGIN DIKONGSI
Penyoal: Kolej tempat awak belajar tu diiktiraf ke?
Yg menjawab: Diiktiraf, sebab di bawah kerajaan negeri.
Penyoal: Ye ke? Anda pasti?
Yg menjawab: Tentu.
Penyoal: Ambil course apa?
Yg menjawab: Tahfiz
Penyoal: Sijil ke apa.
Yg menjawab: Diploma
Penyoal: Diploma? errkk.. ooo, ada ea.
Yg menjawab: (hanya mampu menjawab dengan senyuman)
Penyoal: Ada masa depan ke? Apa je kerja yang awak boleh buat? Ajor ngaji je la kan? Ke Cikgu sekolah Agama petang?
Yg menjawab: InsyaAllah. Itu antara kerja yang sesuai. Tapi banyak lagi. Lecturer, Pegawai Tadbir..Tapi kena sambung Digree la.
Penyoal: (Terkebil-kebil) Ooo... study hard and good luck, ea.
Yg menjawab: InsyaAllah, terima kasih.
Penyoal: (Masih terkebil-kebil)
Yang Menjawab: (semoga Allah merahmati dan memberi hidayah kepadamu)

Maha suci Allah, yang menjadikan segala sesuatu dengan bersebab.

Sesungguhnya Al-Quran itu kitab Allah. Kalam milik Allah. Terlalu banyak kelebihan untuk mereka yang mendampingi Al-Quran, apalagi menghafalnya. Namun masih ramai lagi yang memandang remeh isu ini.

Antara beberapa kelebihan membaca dan menghafal Al-Quran:


PENGHAFAZ AL-QURAN SEBAIK-BAIK MANUSIA
“Dari Uthman bin Affan R.A, berkata bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, Sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”


PENGHAFAZ AL-QURAN ADALAH HAMBA PILIHAN-NYA
Dan apa yang telah kami wahyukan kepadamu iaitu Al Kitab (Al Quran) Itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha mengetahui lagi Maha melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya. Kemudian Kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Fatir:31-32)



MENGHORMATI SEORANG HAFIZ AL-QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH
"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah menghormati orang tua yang muslim, penghafal Al Qur'an yang tidak melampaui batas (di dalam mengamalkan dan memahaminya) dan tidak menjauhinya (enggan membaca dan mengamalkannya) dan Penguasa yang adil." (HR. Abu Daud)

DILIMPAHI REZEKI
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan binasa (pahala yang bekekelan), nescaya Allah akan menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa kelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat bersyukur". Surah Fatir 29-30.


ALLAH MEMELIHARA PENGHUFAZ
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita baik daripada Allah Ta'ala)".


PALING LAYAK MENJADI PEMIMPIN
Dari Abu Hurairah ia berkata, "Telah mengutus Rasulullah SAW sebuah delegasi yang banyak jumlahnya, kemudian Rasul mengetes hafalan mereka, kemudian satu per satu disuruh membaca apa yang sudah dihafal, maka sampailah pada Shahabi yang paling muda usianya, beliau bertanya, "Surat apa yang kau hafal? Ia menjawab,"Aku hafal surat ini.. surat ini.. dan surat Al Baqarah." Benarkah kamu hafal surat Al Baqarah?" Tanya Nabi lagi. Shahabi menjawab, "Benar." Nabi bersabda, "Berangkatlah kamu dan kamulah pemimpin delegasi." (HR. At-Turmudzi dan An-Nasa'i)
~~bersambung~~

0 comments: