Monday, August 31, 2009

MERDEKA!

Selamat menyambut Hari Kebangsaan. Sudah 52 tahun negara kita merdeka dari cengkaman penjajah. Sudah 19 tahun aku menghirup udara kemerdekaan di bumi Malaysia nan bertuah ini.

Ketika masih di bangku sekolah, 2 minggu sebelum hari kemerdekaan menjelang, bahangnya sudah terasa. Berbagai aktiviti berkaitan kemerdekaan tanahair di adakan. Walaupun hanya melibatkan kami dalam kelompok yang kecil, kemeriahannya tetap terasa.

Walaupun kini tidak lagi di bangku sekolah, semangat kemerdekaan itu masih mampu ku rasai dan hayati. Di jalanan, banyak kenderaan yang mengibarkan bendera di kenderaan masing-masing. Banyak bangunan-bangunan di sekitar pusat bandar yang mengibarkan bendera di premis masing-masing.

Melihat dokumentari-dokumentari pendek di kaca tv, kian membangkit rasa cintaku pada tanahair tercinta. Betapa, di bumi yang sedang ku pijak ini masih lagi diselubungi suasana aman dan damai. Aku masih lagi mampu saling berbalas senyuman manis nan tulus dengan penduduk berlainan bangsa.

Terima kasih, ya Robb mengizinkan aku lahir di bumi bertuah ciptaanMu ini...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

1 comments:

en_me said...

salam ramadhan cek humaira tewww..