PRELUDE:
Hari pertama Ramadhan berlalu dengan penuh indah dan tenang. Ia menjadi lebih indah dan sungguh bererti bila permulaan Ramadhan ini, kami berbuka beramai-ramai di kampung bersama nenek dan Tok, juga Pak Ngah sekeluarga. Tentunya menjadi lebih manis bila para sahabat turut menitipkan salam Ramadhan dan saling mengeratkan ukhwah yang telah terjalin bersama restu ayah-bonda.
CATATAN PERJALANAN HARI PERTAMA:
Cuaca terang hingga ke petang, namun panas mentari tidaklah terik memancar. Sekadar cukup untuk mengeringkan kain-baju di ampaian. Adik yang masih dalam proses belajar puasa, tidak banyak kerenah. Nampak tenang memahami bahawa puasa itu wajib bagi semua orang. Keadaan cuaca yang tidak terik banyak membantu dirinya.
Usai solat Asar, kami keluar untuk membeli juadah berbuka di Uptown; sebelum itu ke kedai kain di Taman U membeli kain hitam untuk dibuat niqab. Musim H1N1, pihak pentadbiran Kolej mengkehendaki semua pelajar memakai topeng mulut. Kebanyakan pelajar perempuan mengambil keputusan untuk memakai niqab, kerana senang untuk di basuh. Jika memakai topeng mulut, kami harus menggantikannya setiap hari. Tentunya menganggu kewangan kami, walaupun hanya berharga RM2.30 untuk 2 keping topeng tersebut yang dijual di farmasi.
Berbalik kepada kisah membeli juadah. Sebelum ke Uptown, kami ke Bazar Ramadhan di Taman U. Mama membeli kuih tako dan adik membeli burung puyuh goreng. Kemudian Ke Uptown pula. Di situ, Mama membeli ikan pari bakar. Aku membeli sayur air campur (kentang+cendawan+su'un) dan puding. Adik pula membeli "Burger Mat Salai", produk + brand baru di pasaran. Nampak menarik. Baby nak ayam percik, tapi malang tidak dijual di situ.
Saat perut mula menunjukkan emosi lapar, hujan lebat turun menyejukkan suasana dan mententeramkan perasaan. Waktu untuk berbuka tinggal lagi 1 jam. Waktu itu kami dalam perjalanan ke rumah nenek. Cadang nak cari juadah lain di Bazar berdekatan rumah nenek, tapi hujan lebat membantutkan rancangan kami.
Nenek pula telah menyediakan beberapa juadah ringkas. Ikan goreng, telur kukus, sayur kacang panjang masak lemak dan sambal sotong.
10 minit nak masuk waktu berbuka, Pak Ngah sampai, dengan 1 tupperware besar mi goreng serta air tebu. Ada juga bangkit santan kegemaran mama. Menarik! Kedatangannya menjadikan suasana meriah. Biasalah dia, tak kutuk aku tak sah... semuanya lambang kemesraan kami yang sentiasa utuh. Biar jauh di mata, namun dekat di hati. Untie Noriah, nampak lain.. - pakai spek mata rupanya. Tentunya kesan selalu menjahit. Teringat cerita ustaz/ ustazah kala menuntut di Bukit Mahkota; usia hampir ke-40, sedikit nikmat Allah ambil. Aku di usia 40? Entah macamana agaknya; itupun kalau di panjangkan usia olehNYA.
Usai Solat tarawih, kami pulang. Tenang dan bahagia tersulam di hati atas jalinan ukhwah yang tersimpul erat. Panjang umur, jumpa jumpa lagi.

0 comments:
Post a Comment