Sunday, October 18, 2009

Masih Raya lagi.. dan Rumah Terbuka..

Semalam, awal pagi kami dah keluar rumah untuk beraya ke rumah Mira di Parit Sulong-BP. Sebelum tu jemput nenek/ tok di Pekan Nenas. Then ke sekolah Syamil untuk bawak dia sekali, coz memang waktu untuk dia outing.

Kami singgah mengisi perut di R&R kecil-Parit Botak. Ada lauk kegemeran aku, adik & tok kat situ; KELI GORENG!! Yummmyyyyy...!!! hehehe..

Gendang-gendut tali kecapi..kenyang perut sukalah hati...~~~ kami meneruskan perjalanan ke rumah Mira. Hmmm.. oleh kerana tak pernah pergi, so kami rasa macam jauh sangat untuk ke rumahnya.. hingga terlepas simpang masuk iaitu "KAMPUNG PARIT PULAI".. tak perasan langsung signage yang tertera di simpang, hingga terlajak lebih kurang 5KM ke hadapan.



Emak Mira dah sediakan makanan tengahari.. asam pedas ayam, ikan sepat goreng, sambal belacan, kacang panjang goreng + sotong..~~ dah kenyang, tapi demi menjaga hati tuan rumah mama paksa aku makan jugak. Sedap punya pasal, aku tambah lagi sesenduk nasi.. hehehe...buruk perangai!!

Then, Mira bawak aku naek motor, ronda2 tengok kampung die yang cantek dan bersih.. hmm, seronoks sangaaattt... Belakang rumah Mira penuh dengan pokok kelapa sawit. Ada jugak ayam-ayam peliharaan yang gebu.. waaaahhhh.... bessshhhhnyaaaaaa..



Tiba-tiba rasa nak tinggal di kampung... ada halaman luas, boleh tanam pokok bunga cecanteks, tanam macam2 pokok buah-buahan, bela ayam kampung.. takdelah asyik makan ayam injek jeks..hmmm.. mesti besh kan..kan.. Well, ada rezeki, adalah kaannn..kaannn.. =)

On the way back, kami singgah di BP Mall untuk beli Syamil punya refreshments stock, then ke Bisik-bisik cafe saja bawak nenek/ tok ngeteh.

Lepas hantar Syamil, kami ke bandar Pontian as tok requested. Dia kata dah lama tak tengok bandar. Tok dah makin uzur, so memang makin susah nak kemana-mana kalau takde yang bawak.

Sampai rumah lebih kurang 830pm, then bersiap-siap untuk ke jemputan open house uncle Farhan di Taman U (kawan ayah) & ke open house Abg Ishaq di Nusa Idaman (office mate's mama). Aku rasa tak nak ikot coz dah penat giler, tapi nak pulak tinggal rumah sonsorang. Lepaks rumah Abg Ishaq sampai pukul 12am. Kami tak boleh nak bangun, coz mak Abg Ishaq borak panjang dengan ayah (duduk sebelah lagi)

Dalam keta lagi aku dah zzzzz.... ~~ tiba rumah, cuci muka terus sambung...zzzZZZzzzZZzz...