Sunday, October 18, 2009

DIA yang sentiasa melindungi hamba-hambaNYA..

Awal-awal pagi aku dengar ayah berteriak di luar tanpa jelas segala butir bicara. Rupa-rupanya tayar kereta pancit.. sekarang giliran aku dan mama pulak yang beristighfar panjang. Syukur semuanya berlaku di rumah.

Semalam kami berjalan jauh.. mula-mula ke Benut --> Batu Pahat --> Benut --> Bandar Pontian --> Nusa Idaman (rumah office mate mama @ abang ishaq) Seriau bila mengenangkan kembali route perjalanan kami. Mujur tidak pecah di tengah jalan.








Oleh kerana kedai tayar yang dekat dengan rumah kami tutup, maka ayah pun tukar sendiri.. kesian dia bertungkus-lumus...!! Alhamdulillah dipermudahkan ayah melakukannya. Kalau tak rosak lah sume programs petang/malam ni. maklum, raya masih ada lagi.. ahaks.

Terimah kasih ya Robb, atas lindungan-Mu dan kasih-sayang-Mu pada kami sekeluarga. Nikmat-Mu yang manakah hendakku dustakan...Allahurobbi..