Tuesday, July 27, 2010

PERISTIWA 15

Bismillah wa salaman taaman a'ala Rasulillah...

Alhamdulillah.. sedar tak sedar kita sudah berada dalam bulan Sya'aban,sejenak sahaja lagi untuk kita akan bertemu dengan bulan yang dirindui iaitu Ramadhan al-mubarak. Akan tetapi tidak wajar untuk kita tidak merindui bulan Sya'aban, sesungguhnya bulan Sya'aban antara bulan yang berkat dan bersejarah bagi umat islam juga bulan untuk kita membersihkan diri dari noda sebelum hadirnya bulan maghfirah.


Tahukah kita atau kenalkah kita akan bulan Sya'aban?
Sya'aban bererti "beserak-serak", dinamakan demikian kerna pada bulan ini masyarakat Arab dahulu berserak-serak mencari air disebabkan kekurangan air. Dalam keterangan yang lain,dinamakan Sya'aban kerana berserak (banyak)nya kebaikan & amalan yang perlu direbut oleh umat islam.

Yahaya b. Mua'az menyatakan kalimah Sya'aban mempunyai erti bagi setiap hurufnya:

Huruf "shin": Syafaat
Huruf "A'in": A'hada (janji)
Huruf "Ba" : Bir (kebaikan)
Hurf "Alif" : Ulfah (lemah lembut)
Huruf "Nun" : Nur (cahaya)


Peristiwa penting pada bulan ini yang wajib kita ketahui:
Selepas berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj pada bulan Rejab, sekali lagi berlaku peristiwa yang besar pada bulan Sya'ban. Antaranya ialah Allah memberi kemenangan kepada tentera islam dalam Perang Bani Mustalik dan difardukan beberapa ibadah khususnya zakat,namun ada peristiwa yang lebih besar iaitu peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Makkah (Masjid Aqsa ke Masjidil Haram)

Jelas didalam al-quran Allah berfirman dengan susur atur yang cantik, dalam Surah Al-Baqarah ayat 144:

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى السَّمَاءِ ، فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ؛ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ؛ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوْا وُجُوْهَكُمْ شَطْرَهُ ؛ وَاِنَّ الَّذِيْنَ اُوْتُوْا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُوْنَ اَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَّبِّهِمْ ؛ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُوْنَ .

"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, paling kanlah mukamu ke arahnya. Dan sesung-guhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan".

Ini semua adalah ujian paling besar dari Allah ta'ala kepada Rasulullah S.A.W dan umat islam ketika itu dalam mendidik jiwa dan keimanan kepada Allah. Dikhabarkan lagi setelah Rasulullah menerima kewajipan solat lima waktu, baginda melaksanakannya dengan berkiblatkan Masjidil Aqsa selama 16 bulan. Lalu Allah S.W.T memerintahkan Rasulullah untuk berpaling mengadap Baitullah.

Solat pertama dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W selepas pertukaran qiblat adalah solat fardu Zohor. Pada ketika itu juga mengikut sesetengah pendapat mengatakan kaum Yahudi dan Nasrani mencaci serta mengherdik Baginda S.A.W. Bagi membatal segala tomahan itu,Allah S.W.T berfirman dalam surat Al Baqarah ayat 142:

سَيَقُوْلُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلاَّهُمْ عَنْ قِبْلَتِهِمُ الَّتِى كَانُوْا عَلَيْهَا؟ . . .

"Orang-orang yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan mereka (ummat Islam) dari qiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?. . . "

Lalu Allah menjawab: surat Al Baqarah ayat 143:

. . . وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِى كُنْتَ عَلَيْهَا اِلاَّ لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُـــــوْلَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ ، . . . الآية

" . . . Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot . . . "

Maka beruntunglah bagi umat islam yang banyak beramal soleh serta beribadah kepada Allah, lalu Allah mengurniakan kemulian, kedudukan yang tinggi disisi Allah. Lebih-lebih lagi pada Nisfu Sya'aban iaitu berlakunya petukaran qiblat bagi kita sebagai umat islam.

Allahumma bariklana fi Sya'aban wa balligna Ramadhan~Ameen Ya Robb~

1 comments:

zulkbo said...

salam ukhti..
terima kasih memanjangkan
kisah2 begini buat renungan
bersama...
جزاك اللهُ خيراً