Sunday, August 15, 2010

"Tribute" untuk Mak

Suharnabhumi Airport-Bangkok
ketika kami mahu pulang dari Bangkok, April 2011
kanan: mak, kiri: kakak [anak mak ke-2]
yang duduk: anak-anak Pokde [anak mak yang ke-3]

photographer - saya!!^^


Dalam hidup saya, saya ada mak dan mama. Kedua-duanya saya sayang dan kedua-duanya juga menyayangi saya... (perasan..hahaha..) Memang itu lah yang saya rasakan. Kita beri kasih, tentu dibalas semula kasih itu..


MAK
Bila saya tulis saya ada mak dan mama, semua yang membaca mesti ingat saya ada mak kandung dan mak tiri.. hehehe.. Hey, relax ok!! Sebenarnya, mama adalah wanita yang melahirkan saya [ibu kandung]. Sementara mak pula ialah wanita yang menjaga saya semasa mama bekerja. Keluarga saya dan keluarga mak tiada apa-apa pertalian darah, hanya hubungan sebagai jiran dan suaminya pula adalah rakan sepejabat ayah. Namun, andai sesiapa melihat keakraban saya dengan mak, seperti saya pula yang lahir dari perut mak.

Menurut cerita mama, dia mula menghantar saya ke rumah mak ketika saya berusia 8 bulan. Mak merupakan pengasuh saya yang ke-2, setelah pengasuh pertama mengandung dan mahu melahirkan maka mama terpaksa mencari pengasuh yang lain. Alhamdulillah, Allah menemukan kami dengan insan yang baik dan luhur hatinya. Mak sekeluarga menjaga saya dengan penuh kasih sayang yang tiada tolok bandingnya.


SABAR
Sikap mak yang lembut dan tenang membuatkan apa saja "perasaan" boleh saya "luahkan". Mak punyalah sabar, ya Allah sukar untuk saya gambarkan bila saya imbau kembali segala kelakuan saya ketika zaman anak-anak

Suami mak yang saya panggil tok aji @ tok (dia lebih tua 3-4 tahun dari nenak saya), serupa dengan mak. Dia tidak pernah beria memarahi saya atas setiap kenakalan yang saya lakukan. Kalau dia memarahi saya, pasti panjanglah rajuk saya.. (errkk, malu sungguh andai dikenang kembali). Pantang saya dengar bunyi motor kapcai dia masuk ke perkarangan rumah, cepat-cepat saya berlari mendapatkannya dan skrip tetap saya padanya ialah: "tok, nak pergi kedai" Tok memang tak banyak cakap, terus saja pusing motor dan bawa saya ke kedai.

Kesabaran mak juga diwarisi oleh anak-anaknya yang seramai empat orang. Seorang perempuan dan tiga orang lelaki. Anaknya yang tua -lelaki- saya panggil "Along Joy", Kedua -perempuan- saya panggil "kakak" (memang nama gelaran keluarga ; saudara-mara memanggil nama yang sama) Anak mak yang ketiga -lelaki- saya panggil "Pak Uda Chem" dan yang bungsu -lelaki- saya panggil "Pak Ucu Cah". Saya rapat dengan kesemuanya. Tapi sesekali sahaja kami dapat bersama, iaitu waktu cuti semester. Waktu itu saya hanya tahu, mereka "sekolah" jauh dan ada di rumah sebab "cuti sekolah".

Pun, kesabaran mak ada tahapnya. Saya dapat rasakan itu. Andai saya gagal mendapatkan apa yang saya ingini, mulalah saya 'buat perangai' konon itu saja cara yang efektif. Mula-mula memanglah mak pujuk, tapi kalu dah "tak faham bahasa".. jangan harap lah mak nak pujuk lagi.. hehehe.. memang mak buat tidak tahu saja [padan muka saya!] Bila mak buat reaksi begitu, memang saya terpaksa mengalah.. hahaha..


KASIH NAN TULUS
Kesabaran dan kasih sayang mak memang tiada tolok bandingnya. Kasih yang diberi memang ikhlas. Saya dapat merasakannya. Begitu juga tok aji dan anak-anak mereka. Sehinga ke hari ini pun, saya lebih rapat dan mesra dengan anak-anak mak yang telah saya anggap seperti pakcik/makcik saya sendiri, berbanding pakcik/makcik sebelah ayah atau mama. Bila saya telah bersekolah sekalipun, hujung minggu saya memang sepenuhnya di rumah mak. Malah kerapkali, tidak mahu balik ke rumah. Saya suka kalau waktu mama atau ayah mahu mengambil saya di sebelah petang dan saya tidak mahu balik, Tok Aji ada di rumah. Mama atau ayah memang cair lah kalau tok aji dah bunyi "biar ajelah budak nak tidur tu..bukan kemana pun.." Muka, konon sedih.. tapi dalam hati punya lah menjerit kegembiraan...hehehe..


AIR TANGAN PENGERAT SILATURRAHIM
Mak memang pandai masak. Bagi saya mak memasak dengan kasih-sayang. Kadang ringkas saja masakan mak, tapi saya boleh makan bertambah sehingga 2-3 kali. Asam pedas, masak merah, kari, daging kicap adalah antara masakan mak yang selalu saya rindukan. Sehingga ke hari ini pun setiap kali cuti, selain masakan mama pastinya masakan mak yang akan saya cari. Begitu juga adik-adik saya, khususnya Syamil kerana dia tinggal di asrama. Hanya sesekali dapat merasai masakan mak. Bila dapat peluang makan, berpinggan-pinggan kami tambah.. hahaha..


JAUH DI MATA DEKAT DI HATI
Bila saya mula tinggal di asrama bermula dari tingkatan 1, hubungan saya dan mak kian berkurangan. Setiap kali saya pulang bercuti pula mak berada di Kuala Lumpur. Mak menemani kakak yang tinggal bersendirian ataupun menjenguk cucu-cucunya iaitu anak-anak Along Joy dan Pak Uda Chem.


JASA YANG TIDAK TERBALAS
Mama selalu pesan pada saya dan adik-adik, jangan lupakan mak, tok aji dan anak-anak dia. Mama kata, pengorbanan mereka kala mama dan ayah bertatih membina keluarga, tidak akan terbalas dengan wang ringgit. Merekalah yang menjadi tulang belakang ketika ayah dan mama sedang melangkah arus kehidupan.

InsyaAllah, selagi hayat di kandung badan!!

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik, dikenang jua..

0 comments: