Sunday, November 21, 2010

Ukhwah ke Kota Tinggi.. Cuci Mata di Desaru

UKHWAH
Hujung minggu yang kosong, kami ke Kota Tinggi menziarahi baby baru lahir. Semasa baby masih di Hospital Sultan Ismail, kami kesuntukan waktu untuk menziarah.

Beli cenderahati - Sebelum itu, kami ke Jusco Tebrau City untuk membeli cenderahati untuk si comel. Mama membeli gaun. Hmm , rambang mata dibuatnya. Memang senang nak cari baju untuk baby girl berbanding baby boy. Akhirnya mama buat keputusan untuk beli yang bersaiz besar, tunggulah setahun nanti baru die boleh pakai. Tapi kalau badannya sudah berisi ketika berusia 6 bulan, insyaAllah dia sudah boleh memakainya. Warna saya yang pilih: coklat. Kemudian belikan sekali topi dan stocking berwarna putih. Mesti manis bila dia memakainya kelak. Dapat saya bayangkan!!

Makan tengahari - Usai membeli kami gerak ke bandar Kota Tinggi. Makan tengahari dulu di Restoran Ayam Baseer bersebelahan Plaza Kota yang memang popular. Setelah perut terisi, kami menunaikan solat di surau Petronas yang cantik dan terus ke rumah baby.

CUCI MATA
Kemudian, kami ke Desaru pula untuk cuci mata dan minum petang. Berjalan kemana-mana tanpa dirancang memang kebiasaan yang mama dan ayah buat sejak aku kecil lagi, setiap kali hujung minggu. Mula-mula rasa macam nak stay di Desaru Resort, tapi mama kata tak apa lah kita minum saja di Cafe sebab kami berjalan sehelai sepinggang.

Oleh kerana perut masih lagi terasa penuh kerana telah terisi dengan nasi ayam dan samosa goreng di rumah baby, maka kami memesan yang ringan-ringan saja- air, ais krim goreng, sandwich (1/2 dozen inti sardin dan 1/2 dozen inti ayam). Sekurang-kurangnya aktiviti hari ini telah mengeratkan lagi ukhwah kami sekeluarga yang sentiasa sibuk dengan rutin masing-masing di hari biasa.

Alhamdulillah, terima kasih Allah diatas rezeki yang kau limpahkan pada kami sekeluarga.






















3 comments:

Bob Janggut said...

lama nya tak pergi DESARU.
bila-lah di izinkanNya.

Humaira' said...

saya sendiri pun sudah terlalu lama tidak ke Desaru.. lebih dari 5 tahun. sering, hanya setakat Bandar Kota Tinggi sahaja.

Bob Janggut said...

saya kampung di felda semenchu. 30min saja ke desaru. itu pon lama tak pergi.