Sunday, December 5, 2010

Tok keluar ICU

5 DISEMBER - AHAD
Semalam Pak Ngah janji akan datang menjemput nenek pada pukol 10am. Rupanya Pak Ngah lewat sampai kerana menghantar anaknya ke klinik dahulu, namun terpaksa menanti lama kerana ada yang menghantar anak-anak berkhatan. Maklum, cuti sekolah. Pukul 130pm+ baru nenek sampai di hospital (nenek call mama sebaik sampai. Tok masih di ICU.

Kami masih di rumah; kepenatan setelah -semalam- sehari suntuk duduk di atas kerusi keras di hospital. Mama mahu kami semua sama-sama merasai kepayahan nenek, dan tok khususnya di hospital. Mama tidak mahu kami darah daging tok, datang melawat seperti tetamu. Saat2 begini tok perlukan sokongan semua anak-cucunya. Huluran wang saja tidak mencukupi. Melihat wajah-wajah zuriatnya setiap seorang dihadapan matanya, sekurang-kurangnya melegakan rasa sakit yang sedang ditanggung.

Asar - Pak Ngah sms tok dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah. Usai solat Asar kami bertolak ke HSA. Bila kami sampai, Pak Ngah minta diri untuk balik - "tukar shift". Pak Ngah bukannya sihat sebenarnya, walaupun pada zahirnya dia kelihatan sihat. Dia sekeluarga diserang gatal-gatal seluruh badan hampir 3 bulan. (selagi syaitan masih bermaharajalela dan selagi manusia tanpa iman serta berakal pendek sanggup bersekongkol dengan syaitan)

Nenek kata, Untie Ija (anak Nek Som) datang bersama suaminya, Uncle Ipin dan anaknya. Tok nampak stabil, tapi sesekali terkeluar kerenah cerewet dia. Nenek sabar melayan. Kami hanya memerhati. Memanglah kasihan melihat nenek yang tidak sekuat mana itu di arah untuk melakukan bermacam-macam, tapi hakikatnya nenek kata syurga nenek bersama tok. Aku insaf!! Semoga nenek antara bidadari syurga (sila klik) yang akan kembali melayani tok di syurga nanti.

630pm security wanita, datang mengarahkan kami turun. 650pm baru kami beredar. Hanya Nenek seorang dibenarkan menunggu tok. Kami akan ambil nenek semula dalam 11pm+. Nenek yang minta begitu - dia akan rasa lega meninggalkan tok setelah membersihkan badan tok dan menukar pampers.

Kami solat maghrib di Masjid Abu Bakar. Kemudian makan di Restoran Nasi Kandar, Jalan Abd Samad- tidak jauh dari Hospital Besar. Selesai makan, Ayah dan adik-adik solat Isyak di Surau Kg Mahmoodiah. Selepas itu kami menjemput nenek. (Saya dan Syamil menjemputnya di Tingkat 4)

Semoga Allah memelihara tok. Ameen, ya Allah.

0 comments: