Saturday, December 4, 2010

Tok telah dibedah

4 DISEMBER - SABTU
Lebih kurang jam 10am+ kami tiba di HSA. Tok tiada di katilnya. Jururawat kata, tok sedang menjalani pembedahan, di tingkat 1. Kami semua terkejut!! Tiada seorang pun kakitangan hospital yang menghubungi ayah - hanya nombor ayah yang diambil untuk sebarang rujukan.

Jururawat di tingkat 1 memberitahu, tok telah selamat dibedah -Alhamdulillah- tapi dia masih belum sedar lagi. Ayah dan nenek menunggu. Aku, mama dan adik-adik keluar mengisi perut. Kami hanya bersarapan ringan ketika di rumah - roti bakar. Cepat lah laparnya bila masuk tengahari.

Tengahari - Pukul 1245pm kami sampai semula di HSA dan Pak Usu turut sampai bersama isterinya dan pulang apabila waktu melawat pukul 2+ berakhir.Tok masih di bilik pembedahan dan belum dapat kami temui. Menurut jururawat yang bertugas, tangan tok dipenuhi ruam alahan dari ubat bius. Tunggu sehingga semua ruam hilang baru dia dibenarkan untuk keluar.

Waktu Asar - Alhamdulillah .. tok dikeluarkan dari bilik pembedahan dan di pindahkan ke ICU. Hanya 2 orang pelawat dibenarkan masuk. Tok nampak stabil. Kelihatan berselirat wayar/ tiub di tubuhnya. Tok menangis melihat kedatangan kami. Mungkin rasa lega kerana masih dapat bertemu kami semula. Nenek Som (adik tok) datang, bersama anak perempuannya (Unt Imah) dan suami serta cucu.

MALAM: Pak Ngah datang juga ke hospital setelah kereta nya siap di baiki -pukul 1030 lebih. Tok tidak mahu sesiapapun menjaganya seperti malam kelmarin, termasuk nenek. Dia suruh nenek balik berehat. Nenek beritahu kami dia mahu balik ke rumahnya, menumpang Pak Ngah. Kami semua meninggalkan hospital selepas maghrib. Hatiku tidak putus berdoa semoga tok tenang dan diringankan rasa sakit yang ditanggungnya. Amin.

0 comments: