Saturday, January 1, 2011

Malam Cuti terakhir

Aliff Syamil

CUTI SEKOLAH PENGGAL 3-2010 TAMAT
Cuti sekolah akan berakhir esok-Ahad. Lusa @ 3 Januari 2011 hari pertama persekolahan bermula. Pilu di hati kian terasa. Paling terkesan tentunya untuk berjauhan dengan Syamil. Usia yang kian meningkat mematangkan lagi silaturrahim kami bertiga. Adik bungsu-Danial yang masuk usianya 11 tahun pun mampu untuk mengikut rentak tari kami. Lengkap!



Aliff Danial



KE BADAN CEMERLANG:
Usai sarapan pagi kami ke Kedai buku Badan Cemerlang utuk membeli alat tulis। Padahal semalam (Jumaat - cuti istimewa -menang piala AFF) kami ke Angsana membeli uniform sekolah. Tapi langsung tidak teringatkan untuk membeli segala alat tulis. Mujur mama ingat awal pagi tadi. Kalau esok baru teringat, sudah pasti syarahan ayah akan jadi berlembar-lembar kertas kajang. Mama pun kalah.



Ramainya orang di Kedai buku Badan Cemerlang. Masing-masing membeli alat tulis dan juga buku untuk anak masing-masing. Sesak di semua bahagian. Usai membeli kami segera keluar. Lemas di dalam! Rasa lega di luar. Fuhhh..

MAKAN TENGAHARI
Ayah cadangkan kami makan tengahari di Food Court bahagian bawah Angsana. Terasa panas yang menyengat kerana ianya ruang makan yang terbuka. Mama mencadangkan kami makan di Food Court Kota Raya. Tempat makan yang dingin, selesa dan banyak pula pilihan makanan yang sedap. (Terima kasih mama, memahami lintasan hati anak mu ini..hehehe)

MAKAN MALAM
Sebelah malam pula kami makan malam di Chamek Kopitiam, Bandar Baru Uda. Syamil di beri keistimewaan untuk memilih tempat, kerana ini malam terakhir dia di rumah. Sebulan lagi baru berpeluang untuk dia balik bercuti dan bersiar-siar bersama - lengkap 5 orang.

Menu pesanan kami adalah, mee goreng mamak, kue teow goreng special, kue teow goreng, kerang sambal, telur 1/2 masak dan nasi ayam sambal. Air pula - Karot susu, Bancau, Teh O, Nescafe Ais dan Air suam.

Kami pulang dengan rasa puas. Malam terakhir yang penuh bererti, setelah seharian menikmati setiap detik yang berlalu bersama. Makan, bersolat, berkongsi cerita dan bersenda. Andai terpisah sekalipun kenangan kala bersama mendekatkan jiwa kami. Jauh di mata, namun dekat di hati. Pun, mengenangkan esok yang akan muncul, sebak di hati kembali bertandang.



2 comments:

en_me said...

salam tahun baru cik najwa ittewww..

Humaira' said...

thanks en_me!! (",)