Sunday, January 30, 2011

SUNGGUH AKU TERASA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Hujan di luar.. lebat. Sekejap saja berhentinya, kemudian turun lagi. Langit mendung.. muram dari pagi ke malam, malah membawa ke pagi esoknya. Dingin membalut tubuh. Sudah beberapa hari tidak lagi terasa mentari terik memancar. Demikianlah keadaan cuaca akhir-akhir ini.

BANJIR:
Hujan di mana-mana. Banjir pula melata. Johor antara negeri paling teruk mengalami musibah banjir. Tenang di Segamat yang tidak lagi tenang setelah banjir menutupi seluruh daerahnya. Bandar Kota Tinggi turut di tenggelami air. Beberapa tempat di Johor Bahru, seperti Kangkar Tebrau, Kampung Laut dan beberapa tempat rendah yang lainnya bertukar menjadi 'sungai' menyebabkan para penduduknya terpaksa dipindahkan.

Akhbar-akhbar dan berita utama menunjukkan visual rumah-rumah yang ditenggelami air. Turut dilaporkan banyak harta-benda, kebun tanaman dan ternakan musnah. Majlis pernikahan yang dirancang terpaksa diteruskan dalam suasana tidak selesa. Namun ada juga beberapa pasangan yang bernasib baik di mana majlis mereka telah ditaja oleh pihak-pihak yang prihatin di tempat mereka. Rezeki!! Allah yang maha menentukan ia disampaikan dengan bermacam cara.

Semoga semua yang di timpa musibah akan terus tabah dengan segala dugaan yang di hadapi saat ini. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui di atas segala sesuatu yang ditentukanNya.


Dari Anas, Rasulullah berkata..
“Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.”
[Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah]


MESIR YANG SEDANG BERDARAH:
Alam yang menangis seakan turut sama bersedih seiring dengan para ibubapa yang merintih pilu mengenangkan nasib anak-anak mereka di Mesir. Meski tiada ahli keluarga terdekat di sana, namun hatiku turut berlagu pilu, manakan tidak.. bukan sedikit rakan-rakanku yang menuntut ilmu di sana. Selain dari rakan-rakan ketika di sekolah menengah, paling hampir tentunya rakan sepermainan dan juga jiran dari kecil -Along/ Aidil. Kawan-kawan baik Along [juga rakan sekolah menengahku] Naqib dan Nizam, juga di sana. Ramai lagi - tidak tertulis di sini.

Alhamdulillah, aku dapat berkomunikasi dengan Nizam, Kak Uteh, Dibah dan beberapa lagi rakan di sana lewat facebook, meski talian kadangkala terputus. Mereka semua baik-baik saja -alhamdulillah, masih dalam peliharaan Allah swt. Terima kasih Allah, sentiasa melindungi sahabat-sahabat ku di sana khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Pun kepiluan ini tetap terasa kala mengenangkan ramainya rakyat Malaysia di sana, beberapa blogger [pelajar di Mesir] yang sering ku kunjungi blog mereka secara diam-diam ['blogwalking] ataupun terang-terangan [sebagai 'follower']. Allah..Allah.. sungguh aku terasa!! Di waktu malam, lenaku hanya mampu seketika. Selebihnya ku gunakan untuk melihat info terkini di maya -samada melalui blogger ataupun lama web rasmi Kementerian Luar. Begitu juga di waktu pagi info terkini di Mesir adalah yang mula-mula ku cari usai solat subuh. Risau sentiasa mengocak ruang rasa ku.

Cubit peha kiri, peha kananku terasa juga - SUNGGUH AKU TERASA!!





Bookmark and Share


4 comments:

E n t o y C a i r o said...

Subhanallah..tulusnya hati kamu humaira'...

allahu yubarik fik...=)

Humaira' said...

di sini, kita..[awak-saya], mereka..
berbumbung awan yg sama,
menghirup udara serupa..
awak-mama saya [pontian]: sekampung!!

-harus terasa-

Bob Janggut said...

saya dua tahun bersekolah di PONTIAN. terasa juga.

:0

Humaira' said...

alhamdulillah...
kita semua sama2 merasa!

-erti sahabat-