Wednesday, February 16, 2011

11th!


Restoran Malay Village, Jln Mohd Amin, JB
-13 Mac 2010-


16 Februari!! Giliran adik bungsu -ALIFF DANIAL BIN AZLAN- menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 11 tahun. Semakin tinggi, semakin tembam dan semakin sengal!! haha..

Serupa dengan Syamil, mama tempah brownies dengan kawan dia dan beli goodies untuk beri pada kawan-kawan sekelasnya. Alhamdulillah, atas rezeki yang dilimpahkan.





cuti semester akhir -2010-
Desaru Beach Hotel


KAKI MELARAM
Pandai melaram dia. Pakaian ikut dia nak beli yang macamana. Bukan main dia.. huh! Aku dulu harus pakai apa saja yang mama/ ayah beli. [for sure lah mama yang pilih dan buat keputusan, sebab kalau aku yang pilih.. memang aku tidak akan memilih gaun oGeh.. LOL.. ]


Restoran Malay Village, Jln Mohd Amin
-13 Mac 2010-

PAK LAWAK
Boleh tahan sengal dia kalau dah melawak. Semuanya spontan. Serupa seperti Syamil, sepatah-dua saja perkataan yang keluar dah boleh buat kami yang mendengarnya pecah perut. Tapi muka dia selamba saja, seperti tiada apa yang berlaku.


Feb 2010 -ziarah syamil-

MENGALAH
Tabiat yang satu ini lebih menjurus pada abang dia -syamil- Dia sanggup mengalah demi abang dia. Tak tahu nak kata apa. Sanggup dia kena marah dengan mama/ ayah asalkan dia dapat cover abang dia. 'Memang blood'!! Kalau kena marah dengan abang pun dia akan diam saja. Tidak berbunyi langsung.

MURAH HATI
Kalau jumpa abang di sekolah, setiap kali nak balik, dan dia ada duit lebih mesti dihulurnya duit dia semua sekali pada abang. Yang ini aku sendiri mengalaminya semasa di sekolah dulu. Bayangkan, belum sekolah lagi [even tadika] dia dah buat perangai ni.

Pantang dia nampak pengemis atau orang datang menjual barang/ cenderahati .Ayah/ mama menurut saja kalau adik minta wang untuk bersedekah. Mama kata kalau dia menipu sekalipun itu antara dia dengan Tuhan, yang penting kita berbaik sangka. Mungkin Allah sengaja mahu menduga ketulusan hati kita dengan mendatangkan pengemis yang berbagai kerenah dan rupa. Wallahua'alam.



Air Terjun Sungai Bantang, Bekok -2010-
joint trip office mama


SUKA BINATANG
Adik suka binatang terutamanya kucing. Syukur dia sudah berubah citarasa. Semasa masih di tadika atau awal lagi, yang pasti sebelum ke sekolah rendah dia suka anjing!! Dushhhh.. Dia kata anjing kuat. Boleh jaga rumah..huhuhu.. Errkk..!!! Ini semua pengaruh kartun lah apa lagi. Macam budak-budak lain juga, memang dia asyiklah mengadap cd/dvd, astro-kartun. Namun di sisi yang lain pula, dia banyak belajar dari cerita-cerita kartun yang ditontonnya. Semuanya dipelajari melalui dari watak-watak animasi binatang.

Puas dia pujuk mama untuk membela kucing di rumah. Namun, malangnya mama penggeli terhadap binatang, walaupun kucing. Namun mama tetap memberi adik peluang untuk 'berbakti' pada kucing. Kami sentiasa ada stok makanan kucing. Makanan tersebut akan kami beri ketika makan di warung-warung. Biasanya akan ada kucing yang menghampiri kami. Macam dia tahu saja ada orang yang sayang dia.. :p





SUKA WESTERN FOOD
Ini satu lagi pengaruh dalam cerita kartun yang dia terikut. haha.. Tapi sebenarnya habbit yang ini sudah kami nampak semasa dia dalam kandungan lagi. Mama suka sangat dengan western food. Sampai mama pandai masak hampir semua menu - Black pepper steak, chicken chop, fish n chip, spaghetti [pelbagi perisa/kuah] Maklumlah makanan tersebut semuanya mahal. Jadi untuk menjimatkan kos, mama kata dia pun belajar masak dari kawan-kawan, buku-buku resipi di pasaran ataupun internet.


June 2010
Taman Jepun, Bukit Tinggi

udang galah fresh di hari raya memang best!!
adik ipar PakNgah bawak balik dari Seremban

Eidul Fitri 2010
Rumah Pak Ngah
[to be exact, rumah makmertua dia- dah menetap since kahwin 1994]
Pt Hj Karim, Ayer Baloi

dengan mily -anak pokcu blah mama-
Pt Hj Siraj, Kayu Ara Pasong
Eidul Fitri 2009


dengan untie Noriah -isteri pakngah blah mama-
Pt Hj Siraj, Kayu Ara Pasong
Eidul Fitri 2009

Mei 2010
A'Famosa Resort

BUAH HATI KAMI
Kehadirannya tidak terduga. Mama kata, tidak sangka akan ada lagi selepas syamil. Ayah memang mahu dua orang saja. Namun kuasa Allah, tiada siapa hambanya yang boleh menyangkal. Allah maha mengetahui di atas segala sesuatu tentuanNya. Alhamdulillah, dia mengisi kesunyian rumah kala aku dan syamil tiada di rumah.

ALIFF DANIAL a.k.a ADIK a.k.a dodoQ ...

'happy birthday'
semoga di rahmati Allah selalu dan ditetapkan iman oleh-Nya
ameen..ya Robb

WE LUVS YOU!!




5 comments:

E n t o y C a i r o said...

sanah helwa ya gamil untuk adek dodoQ's..=D
semoga sentiasa dalam lindungaNYA.

BTW..ic that untie noriah...but x kenal la..huhu..(maklumlah anak bongsu jugak)..=D

Humaira' said...

tqvm!!
[o/b dodoq]

p/s:
small matter.
untie pon x kenal awk kn..
tp die kenal kkk n org tua awk.
cheers!

E n t o y C a i r o said...

oh yeke...(x jd perasan dah skang ni)hehe..

nnti kene bilang sama apak la sapa itu untie noriah...hurmmm..

btw..nama ayah awak sapa?

Humaira' said...

nama dia KOMENG.. :D

E n t o y C a i r o said...

fine humaira...