Friday, February 18, 2011

BUKA MATAMU!!

Akhir-akhir ini, lagu yang satu ini begitu menyentuh hatiku. Setiapkali berkumandang, ia benar-benar menggamit memori silam ketika masih anak-anak dan ketika menuntut di Kluang.


KETIKA KURUS KECIL
Terkenang seronoknya bermain dengan rakan-rakan ketika di tinggalkan di rumah pengasuh yang ku panggil mak, ketika mama/ ayah bekerja. Balik saja dari sekolah tadika, cepat-cepat tukar baju dan keluar bermain. Paling seronok tentunya bermain lumba basikal [a.k.a merempit]. Kemudian bermain kahwin-kahwin [bluweekk..] tapi aku tidak suka menjadi 'mak' sebaliknya lebih suka menjadi 'bapak'.. wakaka.. -banyak lagi permainan seperti batu seremban, menangkap ikan, bermain jual-beli [jadi toke kedai] dan lain-lain lagi.


SEKOLAH RENDAH
Nostalgia manis menuntut di IJ Convent Johor Bahru, yang penuh warna-warni tersimpul kejap diingatan. Pergerakan kami bebas kerana semuanya pelajar perempuan. Rindunya pada teman-teman seperjuangan di Convent 1996-2001.. Facebook menemukan kami kembali dalam tempoh setahun lalu. Rupanya ramai yang sudah berkahwin usai SPM dan ada yang sudah menimang anak. HamvOiii ..!


REMAJA DI BUKIT MAHKOTA
Ketika sekolah menengah, ayah/ mama menghantar ku ke Kluang. Ah, tidak mungkin ku lupa: bau basah tanah di Bukit Mahkota. Cengkaman dingin malam hingga ke pagi. Sayunya rayuan burung pungguk di malam hari. Berebut-rebut menadah air setiap kali paip terputus bekalan air. Mesra teman-teman, pun sesekali di sulami bicara luka. Namun ukhwah kami tetap bertaut. Alhamdulillah. Jeritan senior/ warden di hostel. Jelingan dan sindiran guru-guru semata-mata untuk kebaikan kami. Dari Makcik cleaner, makcik kantin, makcik dewan makan hinggalah makcik guard, semuanya saling ku kenali, malah mereka juga mengenaliku. Kami umpama sebuah keluarga besar. Sesekali ke Kluang, ku gagahi menjengah makcik guard yang satu itu -makcik Milah. Erat dia memeluk ku- rindu!!

DOA
Semoga aku tidak akan lupa pada desa ilmu yang pernah ku huni selama 5 tahun itu.. Semoga aku akan terus mengingati tempat yang banyak berjasa dimana aku pernah belajar untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini, sebelum pulang ke alam kekal. Semoga aku akan terus mengingati semua guru yang pernah mendidikku dari tadika hingga lah kini.

Wahai teman, sama-samalah kita sentiasa buka mata, bahawa semua yang sedang kita miliki ketika ini hanyalah sementara dan milik-Nya jua. Jangan lupa toleh ke belakang dan jangan lupa pada rumput di bumi!!

Wallahua'alam.




Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ..

2 comments:

E n t o y C a i r o said...

memang menyentuh la beb...(seyes x tipu)..hehehe..

Humaira' said...

kenangan manis ceritera diri..yg ditulis dari hati..

[tks, wa caya lu bebs! tp tetap ragu2..:p]