Saturday, February 12, 2011

AYUH.. KITA RAIKAN CINTA!!




[i] AKU ..KAU ..KALIAN [KITA!]


RAIKAN HARI-HARIMU DENGAN KESYUKURAN

Ah.. indahnya permulaan hari ini. Cuaca yang terang, angin yang berpuput manja menerobos dari jendela dan pintu belakang rumah.. menyapa ke pipi, terasa dingin pagi yang sungguh nyaman. Langit kelihatan cerah dan membiru. Dihiasi indah oleh kelompok awan yang berarak lembut, menunjukkan hujan tidak akan turun pagi ini sekurang-kurangnya hingga ke tengahari. Matahari yang mula keluar menunjukkan ia akan terus memancar terik -insyaAllah- mengeringkan kain-baju di ampaian. Alhamdulillah, semuanya kering sebaik kami mahu keluar rumah dalam pukul 1045 pagi. Ternyata hujan turun hanya lewat petang.

Sebagai meraikan permulaan harimu, jangan lupa solat Dhuha tau!! Insya Allah, akan dilimpahkan rezeki yang barakah. Ameen ya Rob.



RAIKAN BONDA, PEMILIK SYURGAMU

Aroma masakan mama sedang memenuhi rerongga hidungku; nasi lemak sedang di tanak dalam periuk, sambal tumis ikan bilis yang sedang ditumis serta ikan kembung goreng di atas kuali -sarapan pagi kami sedang disiapkan oleh mama. Sesiapa yang sudah merasa sambal tumis mama, pasti akan mahu merasainya lagi. Tiada resipi rahsia. Namun pesan mama, masaklah dengan kasih-sayangdan ikhlas. Ingin mencuba? Silalah buat appointment, oGeh.. Rajin saja mama menyediakan untuk sesiapa yang teringin. Cewah, promosi kelebihan mama sendiri..

Sementara mama memasak, aku pula membersihkan lantai di ruang tengah setelah siap menyidai kain baju. Lantai rumah kami harus di mop** paling lewat seminggu sekali. Mudah sekali habuk melekat di seluruh rumah. Hmm.. wangi! Selepas ini pasti selesa untuk bermalas-malas di hadapan TV setelah semuanya bersih. **[aku lap guna tangan oGeh... ala2 cenderella tau.. errkkk, ada kene mengena dengan tajuk entry kah?]

Mama siap memasak dan aku juga telah siap membersihkan lantai. Apalagi.. makan lah selepas itu. Wow! Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan ..hanyalah kelazatan sambal tumis ikan bilis mama dan nasi lemak hasil air tangan nya! Ada pula ikan kembong goreng.. fuhhh...yummyyyyyy!!!! Lihatlah betapa dia mampu memenuhi selera ahli keluarganya. Ingat, jangan derhaka padanya -mama/ ibu/ ummi/ mak/ mummy/ embok!

Hadith Rasulullah saw..
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
[Al-Tarmidzi]



RAIKAN HARI BAHAGIA INSAN-INSAN TERSAYANG

Usai sarapan kami ke sekolah Syamil dan membawa dia serta beberapa orang kawannya keluar -masih dalam mood meraikan hari kelahirannya. Kami makan di KFC dan membeli 1 dozen 'Big Apple Donut' pelbagai perisa. Setelah perut penuh terisi, Mama/ Ayah izinkan Syamil dan kawan-kawannya berjalan berasingan dari kami -sukanya dia. Kalau di JB jangan harap peluang begitu mudah diperolehinya. Kalau keluar pun aku harus ada sekali -apakah! Pelikkah? Itulah mama.. sentiasa rasa anak-anaknya masih lagi seperti kanak-kanak riang ribena. Jadi bayangkanlah.. betapa chumelnya kami.. hehehe..

Syamil dan kawan-kawannya membeli barang-barang keperluan sekolah dan beberapa peralatan untuk kawad kaki yang akan mereka sertai. Aku dan mama ke kedai buku Popular. Horeee.. dapat ku beli sebuah novel! Rezeki ..-ayah sponsored. hehehe



RAIKANLAH SAHABATMU DAN GEMBIRAKANLAH HATINYA

Setelah menghantar Syamil dan kawan-kawannya di sekolah, ayah terus pula membawa kami ke Kampung Melayu-JB untuk menghadiri majlis menyambut menantu rakannya -jemaah surau yang selalu ditemuinya.

Meski harus menempuh sebuah perjalanan yang jauh, namun demi sebuah ukhwah ayah gigih untuk memenuhi undangan tersebut. Ayah memang seorang yang sentiasa menghargai sebuah jalinan ukhwah. Merata kenalannya.

Masuk saja Jalan Tebrau, kami harus menempuh kesesakan jalanraya, maklum hunjung minggu. Mama kata, tidak apa lewat yang penting sampai. Bila sudah sampai rupanya, ada ikatan persaudaraan. Hmm sebuah kebetulan yang telah Allah tentukan takdirnya sejak azali.


Hadith Rasulullah saw ..
“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).”
[Al-Bukhari]



[ii] KITA.. EGYPTIONs

Ayuh raikan rasa gembira itu atas pengunduran Mubarak. Jangan lupa sujud syukur tau. Namun, luahan rasa gembira itu harus berpada-pada ya. Pengganti yang ada merupakan bekas kroni [kot masih kroni Mubarak]. Lagipun, Mubarak masih ada di Mesir kan.. Jangan keluar mulut harimau, masuk pula mulut buaya.

Berdoa terus oGeh:
- semoga revolusi yang sedang Mesir alami kini berjalan seperti yang diharapkan penghuninya.
- semoga Mesir, Egyptions, aku, kalian -kita semua- dalam peliharaan Allah swt.
- semoga Malaysia terus aman-damai sentiasa.

Ameen, ya Allah.