Tuesday, February 8, 2011

YANG TERSIRAT ITU MILIK-NYA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Siratan di atas segala yang tersurat itu hanya Dia yang maha mengetahui. Bagai bahasa alam yang kini sedang berbicara keras memberi amaran kepada manusia yang menghuni bumi-Nya. Pun bukan semua yang mahu mengerti. Meski segalanya telah tertulis di dalam Kalam-Nya.

Ya Allah, kau ampunkanlah hamba-Mu yang sering lalai ini..
peliharalah aku dari hasutan syaitan durjana..
ameen, ya Allah.

Gunung berapi meletus di Indonesia dan Jepun. Kebakaran secara besar-besaran di Australia dan Indonesia serta beberapa negara lainnya. Taufan dan banjir besar di Queensland-Australia memusnahkan kehijauan buminya nan damai, saujana mata memandang.

Banjir besar di bumi Malaysia yang dahulunya hanya melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, namun tidak lagi waktu ini. Kluang, kawasan lindungan hujan misalnya sudah di landa banjir. Bandaraya Kuala Lumpur seringkali di landa banjir kilat dan besar hingga menenggelamkan kenderaan awam dan persendirian.

Andai dahulu mereka yang tinggal di bukit akan selamat dari banjir, namun kini sebaliknya. Mereka harus berhati-hati kerana bukit akan runtuh andai hujan berterusan. Di tempat rendah mahupun tinggi, tiada siapa yang mampu untuk tidur lena kala hujan mencurah berterusan tanpa henti.

Demikianlah tentuan Allah yang menduga hambaNya dengan adil. Semuanya merasa kesengsaraan yang dilagukan alam. Kini - diseluruh dunia!!

Mesir.. 30 tahun penghuninya patuh pada pemerintah, tiba-tiba 14 hari yang lalu bangun memberontak. Bumi yang sepatutnya telah maju, namun prasarananya masih mundur di mana-mana. Rupa-rupanya mereka tidak lagi tertahan dengan pentadbiran secara ditaktor. Mereka tidak lagi mahu menjadi seperti lembu dicucuk hidung yang sentiasa patuh pada tuannya.

Biar dikatakan tunjuk perasaan secara aman, namun tahap kesabaran itu berbeza-beza. Maka tercetuslah pergaduhan yang menumpahkah darah. Beratus yang mati dan beribu pula yang tercedera. Demikianlah harga yang harus dibayar untuk sebuah perjuangan menuntut kebebasan demokrasi.

Hasilnya, barulah kita nampak bahawa betapa ramainya rakyat Malaysia yang tinggal di sana untuk menuntut ilmu. Mereka yang mendaftar untuk pulang ke tanahair mencecah ke 7K orang.[sumber Utusan Online] Lanjutan dari itu betapa kita lihat, begitu ramai hati-hati mulia yang sudi menggembling tenaga untuk menghulur bantuan kemanusiaan.

Alhamdulillah, negara ku tercinta nan aman, di huni pula oleh ramai insan-insan mulia. Sudi berkongsi rasa, sudi menghulur segala bantuan yang diperlukan. Allah..Allah..Allah.. sesungguhnya hanya Kau yang maha besar, maha mengasihani dan maha penyayang.

Sungguh! Memang ramai yang menghulur bantuan. Berbagai bentuk dan cara bantuan. Ada diantara blogger yang mengwar-warkan di dalam blog mereka untuk mengumpul dana samada kewangan atau barang-barang keperluan serta makanan. Contoh individu yang membantu.. klik disini Bagi yang tidak berkemampuan atau belum bekerja/ pelajar [seperti saya..hehehe..] boleh membantu dengan berdoa dan melakukan solat hajat agar segala urusan dipermudahkan. Mereka yang terlibat samada mangsa rusuhan atau penyelamat sentiasa dilindungi-Nya. Doa ikhlas dari seorang insan untuk insan lain yang memerlukan secara diam-diam, insyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah swt. Allahuakbar!

Ya Allah, kau rahmatilah semua individu yang membantu sahabat-sahabat ku dan semua rakyat Malaysia di Mesir - samada bantuan tenaga ataupun wang ringgit. Murahkanlah rezeki mereka dan angkatkanlah darjat mereka ke langit tujuh. Kau peliharalah juga sahabat-sahabatku yang masih tinggal di sana, tabah menghadapi segala dugaan yang bakal tiba.

Ya Allah, kau peliharalah para penduduk Palestine dan para pejuangnya. Kau tabahkanlah hati mereka menghadapi segala ancaman yahudi durjana itu. Gembirakanlah hati mereka, khususnya anak-anak kecil yang baru mengenal erti hidup.

Ameen, ya Allah.


Nota : SENARAI PELAJAR TERLIBAT EVAKUASI [KLIK DI SINI]



MESIR -> JEDDAH -> MALAYSIA -> MADINAH?

SUMBER: UTUSAN ONLINE [link]

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) menawarkan tempat kepada pelajar-pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar, Mesir untuk membolehkan mereka menyambung pengajian yang tertunda ekoran pergolakan di Mesir.

Rektor Mediu, Prof Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi mengemukakan surat tawaran itu kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Meidu, Jamaluddin Hussain berkata, dalam surat itu Prof Dr. Mohammad Khalifa menyatakan bahawa tawaran berkenaan akan merangkumi sistem pengajian secara e-pembelajaran dan sistem pengajian secara konvensional di bilik kuliah serba lengkap dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa Mediu, di Plaza Masalam, Shah Alam.

Kira-kira 90 peratus modul pengajian bagi bidang pengajian Islam Mediu diambil daripada Universiti Al-Azhar dan sebahagian besar pensyarahnya berasal dari negara Timur Tengah dan Asia Barat yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan.

Pensyarah-pensyarah universiti itu juga merupakan lepasan peringkat Doktor Falsafah (PhD) Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Madinah, Universiti Islam Jordan, universiti tempatan dan beberapa universiti terkemuka yang lain.

"Kami percaya program ini akan memberi banyak manfaat untuk rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar dari Universiti Al-Azhar yang menerima musibah daripada konflik persengketaan yang menghampiri kejadian perang saudara yang melanda Mesir,” kata Prof Dr Mohammad Khalifa.

Beliau juga amat berharap agar Mediu diberi peluang untuk menabur bakti kepada para pelajar berkenaan untuk memastikan mereka mencapai cita-cita dan seterusnya menjadi warga yang berjasa kepada agama, negara dan bangsa. - Bernama

1 comments:

E n t o y C a i r o said...

banyak betul info semasa disini..
up to date ea humaira'...
excelent and go on!!...

btw..
pontian mama awk kat mana...?