Wednesday, February 9, 2011

16 TAHUN!!


Malam Tahun Baru Jan 2010 -Tebrau City

Hari ini, 9 Februari 2011..dia yang bernama Aliff Syamil Azlan.. genap usianya menginjak ke 16 tahun. Alhamdulillah. Tanpa sedar!! Aku harus mendongak bila bediri di hadapannya. Tinggi lampai dia kini. Paling seronok segelintir kawan ayah atau mama menganggap dia lebih tua dariku..[betapa aku awet muda..ahaha]

Mama tempah brownies dan masak mi goreng** lalu hantar ke sekolahnya. Lepas Maghrib bertolak dari rumah. Dia memang tidak tahu. Dalam perjalanan, kebetulan pula dia menghubungi mama. Terkejut dia... hehehe **[mama masak lepas balik dari kerja. singgah mini market dekat rumah dan beli semua bahan-bahan. mula masak pukul 630, pukul 7pm siap semuanya.]

Bila berjumpa mama dan ayah, dia bercerita dia telah menerima 'hadiah manis' dari kawan-kawan di sebelah siangnya sebelum maghrib - kena mandi dalam kolam ikan depan asrama. hehehe.



1 Mei 2009-Residence Resort, Paka, Terengganu




PAK LAWAK
Dia penglipurlara kami sekeluarga. Kalau dia ada, tak kering gusi kami dibuatnya. Pun kadangkala mampu membuat hati salah seorang dari kami tersentap. Adatlah kan.. hubungan adik-beradik.. carik-carik bulu ayam. Tapi, banyaknya berlawak.



Taman Jepun, Bukit Tinggi -2010-
[antara memek muka yang sentiasa tergamak dia lakukan]


KONON MACHO
Dia suka sangat buat muka selamba [kalau ada awek cun] -konon tidak terkesan [bluweekkks] hehehe.. Anyway salutes you.. sebab tidak gelabah seperti sesetengah lelaki...


JB Sentral - 29 Januari 2011
lagak serius yang dia suka buat -tak takut, oGeh!!-





Collmar Village, Bukit Tinggi -2010-
lagi prasan macho!



 bluweekk..!!
Taman Jepun, Bukit Tinggi -2010-
[tengah tunggu trem untuk bawak turun ke Collmar Village]




KEMEME
Dari kecil, kalau mama tegur something yang tak kena, berlinang-linang airmata di tubir matanya.. -cengeng- tapi, sejak-sejak dah semakin besar dia sudah mampu untuk mengawal rasa sedih di hati. Kalau kena marah mama atau ayah duduk diam dan sopan [cayalah!] Tapi telinga merah menahan rasa..ahaha.. [buruklah]

KAKI MELARAM
Sikapnya yang satu ini kadangkala mencuit hatiku. kalau sehari keluar rumah 3 kali, maka 3 kali lah dia menukar baju. Tapi tak boleh nak marah, sebab dia cuci baju sendiri .. [baik kan dia..ahaks] Hmm, kalau angin 'M' dia sampai, terbiar saja lah baju-baju yang sudah dipakai beberapa hari. Pandailah dia sorok dari mata ayah. Minyak wangi jangan cakaplah.. Mandi? Memang menyirap. Mujur bilik air ada dua..hehehe




Eid 2010 - Hari Kedua
memang hobi dia - berangan sorang2 di belakang mpv
kami tahu, tapi buat-buat tidak tahu..haha
[berjaya mencuri pic ini dari folder dia]


PANDAI MENGEMAS
Mesti dia bangga kalau kawan-kawan perempuan dia baca yang satu ini..huhuhu. Tinggal di asrama telah mendidik dia menjadi lebih berdisiplin. Jika tidak, dahulu berbuih mulut mama atau ayah minta dia mengemas bilik. Sekarang -adakalanya angin puspus malas dia sampai- sekali tegur pun dah beres semuanya. kadang bilik dia pula yang kelihatan lebih kemas dari bilikku [cis!]

Bab mengemas atau mencuci baju sendiri memang telah ayah biasakan. Ayah tidak mahu anak-anak lelaki dia lekat dengan stigma lelaki itu harus duduk-duduk saja di rumah - makan, rehat dan tidur!

[Helooo, Nabi Muhammad saw jahit sendiri bajunya yang koyak. Kalau Sayyidatina Aisyah tidak masak bila dia balik ke rumah, baginda tidak pernah komplen oGeh. Terima kasih ya Rasullullah... kaulah pembela nasib kaum wanita.. Allah..Allah..Allah]

Lagi satu, emak ayah [mak tok] telah meninggal dunia semasa ayah berusia 17 tahun [sehari sebelum SPM berlangsung. Kasihan ayah. Kesannya ayah harus melakukan semua kerja sendiri - mengemas, membasuh dan kadangkala harus memasak! Menurut ayah, ayah telah mula melaku kan semuanya seawal usianya 11 tahun, kerana waktu itu mak tok telah sering sakit dan sering keluar masuk hospital akibat dari serangan tumor. Jadi ayah mahu anak-anak lelakinya semua harus belajar berdikari dari awal. Kerja Allah, tidak tercapai oleh akal untuk menekanya. Apa salahnya sediakan payung sebelum hujan.

BERTANGGUNG JAWAB?
Yang satu ini, satu-satunya yang sentiasa mengembirakan kami sekeluarga, yang sentiasa buat mama dan ayah tidur lena; atas izin-Nya, atas gerakan-Nya. Alhamdulillah. Bila cuti panjang, surau itulah tempatnya hampir setiap kali masuk waktu. Bukan setakat bersolat, malah menjadi muazzin. Kini, sedang bertatih menjadi imam pula -bermula dengan kebetulan, dan telah menjadi kebiasaan. Terima kasih, ya Allah.. atas anugerah-Mu. Allah..Allah..Allah..

Bukan niatku untuk mempamerkan rasa riak di sini -nauzibillah, maafkan hamba-Mu ini ya Allah..kau peliharalah hatiku. Niat ku hanya untuk berkongsi rasa, buat segelintir abang-abang di luar yang masih lagi kekok untuk menjadi muazzin, apalagi menjadi imam. Bagaimana nanti mahu mentadbir keluarga? Ya Allah, kau berilah petunjuk pada mereka yang masih lalai itu.. dan Kau maafkanlah mereka.. Ameen ya Rob.


ALIFF SYAMIL... aka BABY -we luvs you so much!!!




3 April 2010 - Tebrau City
kami bertiga
- kasih yang bertaut hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah!
ameen, ya Rob



eidul fitri 2010 - di rumah nenek
Pekan Nenas



eidul fitri 2010 di Pt Hj Karim
baju coklat - Pak Ngah kami
[mama kata sewaktu kecil dia selalu kata, dia handsome macam Pak Ngah.. bluweekkss]



Majlis Aqiqah anak Pak Uda Shem, Rumah Tok Taman Daya
16 Ogos 2009




UMRAH- Mac 2008 [tingkatan 1]
dengan mak [kanan], tok aji [3 dari kanan]



October 2010
kami berkongsi minat yang sama
score - dia makin hebat buat aku menyirap!!



29 Jun 2010 -IKEA
poyo!




Eidul Fitri 2009
dia memang ceria!
[masa dia tengah posing, mama nampak dia pakai t-shirt sebelah dalam baju..]
waktu ni kami dari rumah PakNgah blah mama,heading to rumah PakNgah blah ayah di BBU
berhenti seketika di Petronas Tampoi - adik mahu ke tandas.



mama suruh dia buka masa tu juga.. wakaka
sebab kolar t-shirt tu nampak terkeluar banyak sangat
jadi kelihatan tidak kemas..
**baju ni dia jumpa kat rmh nenek-baju lama ayah..dia kata cantik



2 comments:

Entoy Cairo said...

sanah helwa ya gamil!!..
stylo ea adik..
hehehe..

Humaira' said...

stylo?
yokyok o..adela
hehe