Sunday, March 13, 2011

FELDA RESIDENCES TG LEMAN - DAY 3

view dari pantai


Hari terakhir
Saat lena ku terjaga, tiada lain yang ku ucapkan selain dari syukur ke hadratNYA, atas nikmat yang diberikan. Mampu lagi merasai nikmat empuknya tilam di sebuah bilik yang selesa, dengan rangkulan hangat selimut tebal di tubuhku.

Berbeza dengan para penduduk Jepun, yang saat ini sedang berdukacita atas musibah besar yang menimpa mereka -Tsunami dan gempabumi. Tidak dapat ku bayangkan kedukaan mereka saat ini. Gambaran awal panggilan untuk sebuah hari terakhir seperti yang diceritakan dalam surah Al-Zalalah. [klik disini,] Allahuakbar!!



Sarapan
Kami sekeluarga menikmati sarapan percuma di coffee house. Awal kami sampai. 730am. Setibanya di pintu masuk mama menegur seorang waiter yang mama lihat sejak dari pagi semalam dan bertugas hingga malam tadi ketika majlis jamuan makan malam. Mama dan ayah menyapa -simpati kerana harus bekerja lagi. Semoga Allah merahmati hidupnya dan melimpahkan rezeki buatnya. Tidak lama kemudian ada 2-3 buah keluarga yang sampai dan terus menderu-deru yang lainnya. Padat dan meriah. Maklum, mereka saling mengenali.







Menu -tidak mendukacitakan. Hari ini aku berjaya menikmati cornflake kerana susu yang disediakan memang mencukupi dan kelihatannya masih ada hingga ke akhirnya. Mama makan mihun goreng bersama rendang ayam. Sedap katanya -bertambah dia makan, selalu bukan main payah. Aku turut mencuba. Memang wow!! Lain-lain, menu biasa sarapan pagi di hotel -kuih-kuih manis, karipap, roti bakar, sosej dan omelette. Bestnya, omelette yang disediakan sedap sangat . Bukan omelette kosong, ada lada dan sedikit daun sera black pepper. Boleh dimakan panas-panas kerana hanya akan dibuat bila di minta. Aku dan adik, apalagi! hehehe...






Adengan pilu -seperti ketika jamuan makan malam, masih ramai ahli keluarga yang mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak, takut makanan akan habis. Bertahun-tahun aku menonton adengan yang serupa.. aduhai, sayangnya makanan yang terbiar. Terkenang-kenang sahabat yang entah makan entahkan tidak saat ini... [teman, ku harap kau tabah!]


Aktiviti bebas
Usai sarapan semua kakitangan dan keluarga bebas untuk bersantai. Tidak lagi dibelenggu dengan sebarang acara. Jika ikut agenda akan ada acara penyampaian hadiah. Namun semuanya sudah di selesaiakan semalam petang. Aku dan mama, macam biasa bermalas-malas di bilik. Baca novel, layan internet yang lembap dan menonton TV. Ayah, keluar masuk bilik. Bosan di luar, ke dalam lah dia. Sesekali terdengar suaranya menyapa entah siapa di luar. Ayah memang peramah.

Adik nak mandi, tapi mama tidak izinkan. Jadi melayan PS saja lah dia. Sudah ada tanda-tanda semputnya seperti akan menjengah. Batuk 'berdengung' dia sudah bermula. Rupa-rupanya mama perasan sejak hari pertama sampai dia curi-curi minum air sirap sejuk. Sengaja mama diamkan dan pura-pura tak nampak. Nak suruh dia rasa sendiri sengsara yang harus dia tanggung akibat dari minum air sejuk. Kalau di tegah dari awal biasanya dia akan buat muka sedih ngok-ngek yang boleh buat hati mama cair lalu benarkan dia minum. Patutlah ketika di jamuan makan malam, mama buat dek jeks bila dia togok air putih sejuk di atas meja yang waiter tuang. Mama baik, ada makna..!! hehehe


Makan tengahari
Menurut agenda, makan tengahari pukul 12pm di coffee house. Sesudah itu waktu untuk check-out. Namun pukul 11am kami lihat sudah ada keluarga yang memenuhi ruang luar coffee house. [pintu bilik kami boleh nampak jelas bahagian luar coffee house menghadap kolam renang dan hujung lobby hotel] Setiap kali majils begini yang paling cepat berkumpul adalah para pekerja luar. Mereka memang sentiasa punctual atau lebih awal. Kakitangan bahagian pejabat biasanya akan ke tempat makan hanya bila tiba waktu untuk check-out.

Pukul 1pm baru kami keluar dari bilik dengan semua beg pakaian untuk kami masukkan ke dalam kereta. Sesudah itu barulah kami menuju ke tempat makan. Alhamdulillah, makanan masih ada untuk kami berempat. Nasi koret-koret di tray. Tapi, melihat kami datang mereka menambah lagi. Terima kasih!


Menu tengahari -Daging masak kicap yang sedap [malangnya.. punyalah liat, baling dinding boleh pecah], ayam masak halia yang juga sedap, [errkkk... masih berdarah!!!] sayur campur [menu sama ketika jamuan makan malam] Ada ulam-ulaman, cencalok, sambal belacan dan budu.


Berpisah
Semuanya beransur pulang. Salam dan pelukan sebagai tautan ukhwah antara kami. Semoga perjumpaan dan perhimpunan kami ini dirahmati Allah. Akhirnya tinggal aku sekeluarga, keluarga maksu dan keluarga pakcik Azman. Mama mengajak mereka semua lepak di sofa lobby. Kasihan keriuhan kami seperti menganggu mereka yang mahu mengemas.

Kami sambung berbual. Aku, aiffa, Along [anak-anak maksu] dan anak pakcik Azman hanya mendengar dan sesekali tergelak bila ianya mencuit hati. Kesemua lelaki bersolat di Surau Resort di bangunan hujung. Aku, mama dan anak perempuan maksu bersolat di surau kecil berhampiran lobby.

Kira-kira pukul 230pm kami bergerak pulang. Pakcik Azman telah bergerak lebih awal, kerana mahu ke Air Tawar 5, rumah orang tuanya. Ketika hampir tiba di simpang keluar dari Tenggaroh 2, mama sedar taliponnya tercicir. Ayah mengisyaratkan Pakcik Majid untuk berjalan dahulu. ['syarahan' ayah pun bermula.. mama buat muka tongong jeks, dah memang bersalah ..hehehe]

Aku cuba menghubungi talipon mama. Alhamdulillah.. seorang insan jujur bernama 'iman' menjawab dan berjanji akan menyimpankan untuk kami. Sampai di lobby, kelihatan seseorang sedang menunggu dan menyambut kami dengan senyuman. Mama minta aku mengambilnya. Talipon mama dihulur ke tanganku. Terima kasih ya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah buatnya. Ameen, ya Allah.


Oh, Syamil
Kami meneruskan perjalanan, untuk mengambil Syamil di sekolah. Tiba dilaluan Kota Tinggi-Kulai, mama menghubungi Syamil. Syamil telah sampai di sekolah. Waktu itu jam menunjukkan pukul 415pm. Mama gusar. Pak Ngah yang sepatutnya segera mengambil Syamil juga anaknya-Faez, ke Batu Pahat dahulu -membeli barang keperluan dapur di Carrefour. Lagilah mama kalut. Bila kami sampai, Pak Ngah masih lagi belum sampai. Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Faez berkeras mahu menunggu ayahnya, ditemani Pakcik Guard.

Seorang kawan Syamil yang tinggal di Kempas, menumpang. Kepenatan dengan aktiviti di Tanjung Leman dan memandu dari sana, Ayah tak larat nak hantar dia balik. Lagipun menempuh kesesakan lalu-lintas gara-gara Jom Heboh di Danga Bay. Mujur mak dia izinkan.


Makan malam
Mama tak larat nak masak untuk tetamu yang pertama kali sampai. Kalau setakat kami sekeluarga saja, harus mama masak sardin.. -harus juga akan licin bila makan dengan nasi panas. Mama berjaya memujuk ayah untuk makan di warung berhampiran rumah. Menu -puyuh goreng, tomyam ayam, kailan goren ikan masin, telur bungkus dan sambal belacan.Walaupun simple, tapi MELETOOOPPSSSSssssssss!!!! Masing-masing tak toleh kiri-kanan lagi dah. Laju jeks suap makanan ke mulut.


ZZZZzzzzZZZzzz
Sampai di rumah, mama masuk beradu setelah memastikan semua orang telah bersolat. AKu menonton TV. Syamil, kawannya dan adik bermain PS.


Jatuh cinta pandang pertama!!
Sekian, tamat sudah kisah 3 hari di Felda Residences, Tanjung Leman. Meski hanya 3 hari namun cukup indah untuk di kenang. Suasananya yang tenang, hijau segar pepohon memagari sekitarnya serta hembusan segar udaranya telah membuatkan hati kami begitu dekat dengan tempat tersebut. Ada rezeki, insya Allah kami akan ke sana lagi. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kami. InsyaAllah.


0 comments: