Saturday, March 12, 2011

FELDA RESIDENCES TG LEMAN - DAY 2

view dari balcony bilik kami
cuaca redup..ombak masih kuat


Pagi Yang Dingin
Subuhku dikejutkan oleh deruan ombak menghempas ke pantai dan dinginnya penghawa dingin bilik. Jam di tangan ku jengah.. hmm, menunjukkan subuh akan masuk kira-kira setengah jam lagi. Aku bersyukur di dalam hati, kerana masih diberi ruang untuk menghirup udara hari ini. Ku tarik selimut, seolah ingin terus menyambung lena sambil diulit mimpi nan indah. Ah, masakan... hehe.. segera ku tolak selimut ke tepi.


Sarapan
Aku dan adik bersarapan di coffee house. Cantik dan luas coffee house. Memang selesa. Food presentation pun cantik. Namun, menu sarapan tidak menepati piawaianku untuk hotel secantik dan segah yang ku lihat. Tidak banyak pilihan. Paling menyirap susu segar untuk ku dan adik menikmati conflakes habis.

coffee house



Mama dan ayah keluar bersarapan di Jeti Hujung Tanjung - sengaja katanya. [Jeti tersebut merupakan pengkalan untuk ke 'Sibu Island Resort' yang cantik] Ayah dan mama mahu menikmati hijau dan segar pagi di pedalaman. Mereka membawa pulang beberapa bungkus nasi dagang dan beberapa cenderahati.


Swimming Pool yang besar dan cantik

Usai sarapan adik mahu bermain di swimming pool. Segera ku hubungi ayah di luar. Ayah izinkan, dengan syarat aku harus menemaninya. Malas, tapi ada ke pilihan untuk kata tidak..huhu. Adik kegirangan. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. Terkenang kembali saat aku masih anak-anak, begitulah juga gayanya.


teman adik mandi


Swimming pool untuk ruangan kanak-kanak masih lengang. Bebas dan puas lah adik menguasai ruang. Swimming pool dewasa, juga masih lengang. Adik mandi tidak lama -memang tidak boleh. Takut semputnya datang. Tidak lama lepas ayah-mama balik, mama suruh dia masuk ke bilik.


Tetamu yang dinanti
Pukul 1030.. beberapa rakan sekerja ayah mulai sampai. Semakin ramai orang baru. Hanya segelintir yang ku kenali - orang lama dan jiran di kuarters. Terkenang pada rakan-rakan lama ayah yang sudah berpindah pejabat apabila diserapkan ke jawatan tetap. Kak Zizah, Kak Jee, Kak Zaidah, Kak Zana, Abg Apiz, Abg Faizul dan beberapa orang lagi. Dah macam geng bas sekolah waktu itu. Sesekali aku ikut ayah-mama ngeteh dengan mereka. Memang meriah, macam nak roboh warung yang kami kunjungi.. hehe.. Hmm, bertemu dan berpisah adat kehidupan yang harus kita tempuhi, samada suka ataupun tidak.


'Goodies bag'
Semua yang datang bersama anak-anak diberi goodies bag. Didalamnya ada bungkusan makanan berserta air kotak mengikut jumlah anak. Ayah mendapat tiga [3] bungkusan pastinya. Ayah pesan bahagian Syamil jangan dibuka. Simpan dan beri padanya esok.. hehe.. ayah macam tahu saja isi hatiku. Baru bercadang nak kebas air kotak yang ada dibungkusan tersebut.


Pertandingan mewarna
Pukul 1130 pertandingan mewarna di adakan. Kertas bergambar dan crayon diberi percuma. Adik turut serta, tapi sekejap saja. Boring katanya. Aku tidak turut serta, tapi mama yang bercerita. Suasana kulihat melalui gambar-gambar yang mama ambil. Ramai yang turut serta.











'Hi-Tea' ke Welcome Drink?
Makan tengahari tidak disponsor untuk hari pertama program. Sambil melihat anak-anak mewarna, teh, kopi, sirap bersama mihun dan 2 jenis kuih dihidangkan. Aku anggap ia sebagai welcome drink. Nak kata 'hi-tea' baru pukul 12 sudah dihidangkan. Lagipun ringkas saja menu yang tersedia.








Mama talipon suruh aku turun, tapi aku malas.. bukan apa, malas nak bersiap. Lagipun leka melihat berita Tsunami dari BBC World News dan beberapa rancangan TV lainnya. Tidak lama, mama naik. Saat itu aku sedang bersiap untuk turun. Mama nampak pelik. Aku kata Aiffa dengan Along suruh turun. Mama kata, tak payah lah. Lambat sangat, mereka pun dah beredar dari meja makan.. hehehe.. padan muka.


Mama minta izin dari waiter untuk tapau popia dan cucur badak. Masih panas lagi. Mula-mula pandang sepi, sebab sarapan pagi pun makan popia juga. Mama kata cubalah yang mama bawa mungkin lain. Tidak sia-sia merasa, memang sedap dan rangup. Kali ini inti otak-otak. Sebelah pagi, inti sayur. Aku makan lagi dan lagi dan lagi.. hehe..


Sukaneka
Pukul 3, sukaneka bermula -di tepi pantai. Aku dan mama di bilik saja. Cuaca terik sungguh. Sesekali kami menjengah dari balkoni bila terdengar sorakan pelik. Adik balik dahulu dari ayah, membawa beberapa hadiah saguhati. Adik kata, Ayah bermain bola sepak. Aku dan mama gelak. Hahaha.. macam larat sangat. Kami jengah. Nampak ayah gigih mengejar bola.. melekek-lekek kami ketawa melihat dia 'membawa diri'.


Makan Malam
Usai solat maghrib semua kakitangan dan keluarga di minta berada di Dewan Makan. Aku malas untuk turut serta sebenarnya. Selesa untuk bermalas-malas di bilik. Mahu ayah membebel kalau tidak mahu turut serta. Ayah dan adik pergi dahulu. Dua kali ayah call, sebab kami masih terhegeh-hegeh di bilik. Bukan apa, ayah takut orang ambil tempat. Ayah dah booked tempat untuk kami. Ramai yang masih berdiri kerana kekurangan tempat.

Ucapan dah hadiah - Tidak lama selepas big boss sampai, majlis pun bermula dengan ucapan dari 2 orang penting -setiausaha badan kebajikan dan big boss. Kemudian ada hadiah untuk pengantin baru. Pasangan harus naik pentas bersama supaya pasangan mereka dikenali. Hmm, mereka yang menambah isteri pun dapat hadiah juga dan diperkenalkan juga. Baguslah terus-terang. Bukan seperti segelintir dari mereka yang sorok-sorok. Semoga Allah merahmati mereka sekeluarga.







Menu -BBQ. Hmm, bolehlah... nasi goreng, kambing, lembu dan ikan pari dan sayur campur. Semua telah di bakar dahulu -tak thrill!! Tapi untuk group yang ramai macam tu dengan anak-anak kecil berceriau, majlis akan jadi teratur jika di bakar awal. Mujur, sos black pepper sedap sangat. Ada salad dan buah-buahan. Kuih, puding dan beberapa lagi manisan termasuk halwa juga ada. Beberapa lagi menu yang tidak ingat untuk ku tulis kerana aku hanya melihat sepintas dan duduk kembali. Makanan banyak yang sudah habis, sedang menunggu untuk di tambah. Aku menunggu di meja.







Aku ajak mama tapau. Susah nak makan sungguh-sungguh, khasnya daging kambing yang bertulang itu itu di situ. Mama mintak izin dengan waiter, yang mama dah kenal dari tengahari. Boleh saja kalau tidak minta izin pun. Tapi apa salahnya berbahasa. Dia mengangguk dan tersenyum saja. Boleh pulak nak kata tidak, pada tetamu dan orang tua cun macam mama.. ehehe..


Kad Pintu rosak -potooonnggg!! Padan muka pun ya. Bukan main laju tadi masa jalan balik ke bilik sebab tak sabar nak makan. Alih-alih pintu tidak boleh dibuka. Tunggu room servis punyalah lambat. More then 5 minutes. Un-efficient service, oGeh.. ehehe.. saja lah tu nak melayan sangat pengaruh syaitan. Thanks God, its went well.

Masuk saja di bilik, kami segera tukar pakaian dan lepak di beranda sambil menikmati kelazatan lembu dan kambing panggang cicah sos balck pepper. . sambil ditemani merdu suara deruan ombak. Sesekali angin laut menerjah ke wajah.. segar! Mujur mama tapau juga nasi goreng. Lagilah meletops!!! ekeke.. Tidak lama makcik zaki [isteri pakcik Yaakob] balik. Dia menjengah dari beranda sebelah -ayah kirim hadiah cabutan bertuah pada makcik zaki. Dia duduk di berandanya. Aku dah tak hirau dia dah. Sayang nak lepaskan kelazatan hidangan di hadapan mata. Mama aje yang berbual dengan dia. ehehehe..Sorry makcik zaki!


Lepas makan, solat Isyak, bukak tenet [yang sungguh lembaps] dan sambil tengok TV -apalagi berita Tsunami di Jepun saja yang menarik minat ku.


Sekian... -tunggu catatan hari ke-3!!

0 comments: