Wednesday, March 16, 2011

Kasih ku Tertumpah di Bumimu!



Bumi nan berdaulat
Mana lagi kalau bukan Melaka..!! ngehngeh.. Kami suka Melaka. Tidak tahu kenapa, rasa hati kami senada untuk negeri yang satu ini berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini. Hujung minggu atau cuti panjang, Melaka harus tersenarai. Kalau ke KL, kami pasti akan singgah samada dalam perjalanan pergi atau balik. Seringkali kami pergi hanya untuk sehari sahaja. -hujung minggu pastinya, bila ayah sukar untuk bercuti oleh kekangan kerja. Pergi awal pagi -usai solat subuh dan bersarapan- dan balik lewat malam. Semata-mata untuk bersantai sekeluarga. Penat, tapi seronok, kerana ukhwah kami sekeluarga bertaut erat. Alhamdulillah, terima kasih Allah.


Terjah
Sebenarnya setiap perjalanan/ percutian itu jarang kami rancang. Semuanya tiba-tiba. Setiap kali cuti panjang, kami jarang dapat tahu lebih awal bila tarikh perjalanan kami yang sebenar. Perbincangan untuk memilih destinasi percutian hanya dilakukan ketika di dalam kereta. [huh, merepek kan..] Lepas tol skudai barulah ada keputusan muktamad ke mana hala tuju percutian kami. Yang penting, kami dapat berjalan dan h.a.p.p.y..!!!


Tempat Menginap
Bila sampai saja di bandar Melaka, mula-mula kami mencari hotel. Banyak pilihan. Hotel budget di sini murah, sangat selesa dan bersih berbanding di Pulau Pinang atau Terengganu atau negeri-negeri lain.

Sesekali kami tuju ke Equatorial. [klik di sini] Murah kalau guna privillege ayah sebagai orang gomen. Tapi tengok nasib lah. Selalu fully booked. Kedudukan Equatorial yang terletal di Bandar Hilir memang strategik dan digemari ramai. Ia terletak berhampiran dengan Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Selain dari itu mudah untuk kami ke Tengkera [makan sup dan popia] atau ke mana-mana tempat seafood [Serkam, Umbai dan banyak lagi]























Tenang
Berjalan di Melaka tiada gangguan. Kami boleh bergerak dengan bebas. tanpa ada 'sekatan'. Di Johor Bahru, tanah kelahiran ayah. Berjalan di mana sekalipun pasti terserempak dengan kawan-kawannya. Kawan sekolah, kawan melepak masa bujang, kawan tempat bekerja lama dan paling ramai tentunya client yang berurusan dengannya di pejabat. Setiap kali terserempak kami harus berhenti dan menunggu ayah berbual. Lotih den!! huhuhu..Paling sadis bila ada yang buat skrip sumbang:

  • kawan: "ni anak yang tua ke, Lan?"
  • ayah: "ya, yang tua" [sambil mengangguk]
  • kawan: "waahh, besarnya.. lebih besar dari emak dia"
  • ayah: ketawa dan senyum.
  • aku: senyum, tapi..grrrrr.. huhu


Dalam Dataran Pahlawan
[pic Dis 2009]



Dalam Mahkota Parade


Milik-Nya
Syukur pada-Nya atas segala limpahan rezeki milik-Nya pada kami. Siapalah kami ini tanpa-Nya. Siapalah kami yang hanya menumpang di bumi milik-Nya ini untuk sementara waktu sebelum pulang ke alam kekal. Ampunkan kami ya Allah, andai kami berlebih-lebihan.. ampunkan kami ya Allah andai terbit rasa riak di hati kami.. peliharalah kami dari hasutan syaitan dan fitnah dajjal. Ameen, ya Allah.

2 comments:

E n t o y C a i r o said...

i like part this:

"waahh, besarnya.. lebih besar dari emak dia"

(gelak terloncat-loncat)

Humaira' said...

xpe, ada lori ade bas!