Wednesday, March 9, 2011

MOOD: SERONOOOOKKKKK ..!!

MULA-MULA.. NAK PERGI PIKNIK!!

Hujung minggu ini office ayah akan menganjurkan Hari Keluarga di Felda Residense, Tanjung Leman. Sudah sebulan lebih ayah memberitahu program tersebut. Semakin dekat harinya, semakin teruja pula..

Malangnya, Syamil tidak turut serta sebab dia terlibat dengan ihtifal sukan yang akan diadakan bermula dari hari Jumaat @ 11 Februari, hari yang kami akan pergi.



USHA: Aku pun mula 'usha' hotel tesebut melalui 'InchiK Google'. View di luar dan dalam memang nampak cantek sangat. Lobby, coffee house dan bilik tidur nampak cool sangat. Swimming pool pon nampak besar.. Namun, for sure dapat tengok dan duduk dipinggir saja..ala-ala bawang putih tengah usha mak dia si ikan kaloi tu... hehe.. -boleh pulak aku nak bermandi-manda di situ kan..pengsan pulak kang those ustazs or those imams yang datang.. ekekeke.

BBQ: Kami akan datang awal saing committee. Hmm, dapatlah aku bersantai puas-puas sebelum staff lain sampai.. Malamnya mungkin nak buat bbQ sendirian berhad. Tapi tengoklah keadaan macamana.

AKTIVITI [KLISE]: Hari Sabtu adalah hari kedatangan semua kakitangan dan ahli keluarga masing-masing. Mereka akan menginap semalam dan check-out pada hari Ahad.

Agenda yang memang aku dah hafal:
  • hari pertama [petang]: sukaneka untuk staff dan keluarga
  • malam: dinner
  • hari kedua [pagi]: sarapan, sukaneka ringkas, aktiviti bebas.

Lebih kurang saja kalau ikut family day office mama. Aku dah tak kisah pun nak joint those programs sejak dah besar [bukan tua oGeh... huhuhu] ni.. Sekarang turn adik pulak kumpul hadiah. Aku lebih teruja untuk memanjakan diri di atas tilam empuk sambil baca novel, tanpa kisah nak kemaskan semula katil macam di rumah...hehehe..

MEMANCING: Aku dengar ayah borak dengan mama, sebahagian kawan ayah nak pergi memancing..bestnya kalau dapat ikut. Tapi ayah tak suka memancing or even just ikut orang memancing. Dia kata, tak suka menunggu.. boring. Lebih baik dia tidur.. huhuhu.. Beza pulak dengan mama, dia memang suka bab memancing ni..challenging katanya.. rasa seronok tu datang bila tali pancing bergoyang kena tarik ikan. Tapi lama dah dia tak dapat joint, sejak berhenti kerja celcom. Dulu gangs celcom dia memang rajin buat aktiviti memancing setiap kali ada trip family day. Perempuan pun ikut sekali. Aku pernah joint masa mama and officemate buat family day di Sibu Island Resort. Masa tu aku dalam darjah 6 atapun 5. Happening!! Satu malam kami tak tidur..



NAK TENGOK FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA!!

Kisah hikayat dongeng lama [dongeng ke?] yang satu ini telah difilemkan dan mula akan mula berada di pawagam pada 10 Mac. Hmm, nampak sungguh gah melihat sedutannya di kaca TV. Lagu temanya, jangan cakaplahkan.. kalau yang menyanyi tu Anuar Zain. Produk KRU teams memang tiada tolok bandingnya. Rakyat Malaysia pun tahu hasil kerja mereka memang teliti. Sesungguhnya, ia telah membuat aku teruja pula untuk menontonnya. Harap-harap, cepatlah DVD nya keluar/ terjual di GIANT Tampoi atau di Pasar Pandan.. [Sila beli yang original ya..hehehe]

Jom layan youtube lagu SEDETIK LEBIH.. soundtrack untuk Filem Hikayat Merong Mahawangsa:







THEN.. NAK PERGI USS PULAK!!

SENYUM SOKMO: Plan yang satu lagi ni pun buat aku asyik senyum lebar sampai ke telinga... Kakak dengan hubby dia @ Pak Ngah Lan akan bawak aku dan Syamil ke Universal Studio Singapore..Setakat ini yang confirmed pergi, kami berempat.. yippyyyy, really cant wait.

IMPIAN: Lama dah aku mengidam nak pergi sejak USS mula di buka.. Tapi nak pergi pula harus menunggu masa mama-ayah. International Passport mama-ayah pula hilang. Makan masa lah tentunya nak tunggu passport baru siap.

MASA YANG CEMBURU: Mama suruh aku pergi dengan kawan-kawan [yang dia percaya..siap dia sebut nama-nama tersebut..huhuhu] Tapi masa kami pula tak tally. Bila mereka free, aku pula tak free..begitulah sebaliknya. Pelawaan kakak memang bak orang mengantuk di sorongkan bantal..Thanks kakak!!

ADA AKU KESAH?: InsyaAllah jika tiada aral melintang akan pergi sebelum Syamil balik sekolah. Tapi tak sure hari apa. Kakak belum confirm lagi tarikh dengan Travel Agent. Tiket ke USS bukan ada di jual di luar Studio sebelum masuk. Kami harus membelinya dari JB, melalui Travel Agent. USS management hanya akan entertain group yang datang dengan Travel Agent.. Ada ku kesah? hehehe.. yang penting, insyaAllah aku ada ruang dan peluang untuk pergi.



DOA:
Doakan aku selamat pergi dan balik ya.. Kenang daku dalam doa kalian!! ehehe.. macam nak pergi mana jeks kan.

0 comments: