Friday, March 11, 2011

FELDA RESIDENCES TG LEMAN - DAY 1

Yehaaaa..
Hari yang dinanti-nanti tiba akhirnya!! Kami bertolak dari JB ke Tanjung Leman usai solar Asar. Dari bandar JB, kami ikut jalan pintas melalui Larkin Perdana dan masuk ke Kampung Melayu untuk ke Jalan Tebrau. Azan berkumandang sebaik melalui Masjid Kampung Melayu. Ayah berhenti untuk bersolat Jemaah. Cuaca redup, diselangi oleh gerimis halus. Perjalanan kami lancar kerana sempat melepasi waktu puncak kesesakan lalu-lintas waktu orang balik kerja. Alhamdulillah.

Bekalan


Ayah sempat membeli
murtabak Kampung Melayu [klik di sini] yang memang 'hot' dan fofular di seantero 'Jajahan Wilayah Iskandar'. Gerai tersebut terletak betul-betul berhadapan dengan Masjid Kampung Melayu. Kalau ikut ayah, dia kurang gemar dengan yang ini. Dia lebih suka Murtabak Singapura di Jalan Sg Chat. Tekak masing-masing.. aku suka both.. free lagipuuunn!! Hehehe.

Kemudian setibanya di Kota Tinggi, ayah tapau pula
Nasi Ayam Baseer. Hmmm, keharuman ayam gorengnya sungguh menusuk ke rongga hidung.

Jalan Baru
Kali terakhir ke Kota Tinggi, pada bulan Disember lalu. Waktu itu laluan JB-Ulu Tiram-Kota Tinggi masih dalam peringkat akhir pembinaan. Kini, jalan sudah siap dan cantik. Laluan 2 lorong untuk sehala. Mama kata, barulah semangat nak ke Kota Tinggi atau Desaru bila hujung minggu dengan jalan yang semakin selesa.





Banjir
Sebaik melepasi Kota Tinggi, kami melihat anak-anak pokok sawit yang di tenggelami air di kiri dan kanan jalan Kota Tinggi-Mersing. Setibanya di satu tempat, air melimpah ke jalan raya. Alhamdulillah, mujur mpv ayah tinggi jadi dapatlah lalu. Malam tadi memang hujan semalaman. Akhir-akhir ini hujan seperti kembali kerap turun di waktu dinihari dan juga petang. Air di anak-anak sungai yang kami lewati kelihatan setinggi tebing, tunggu masa untuk melimpah keluar.







Banjir juga kelihatan sebalik kami memasuki Jalan Tenggaroh, sebelum sampai ke Tanjung Leman. Habis semua anak-anak sawit peneroka di tenggelami air. Kasihan sungguh.


FELDA RESIDENCES!!!




[gambar dari pokcik google. belum sempat nak upload gambo sendiri]


Here I come...! Kami selamat sampai lebih kurang 640pm. Wow, saujana mata memandang apabila melihat dari simpang luar. Tempat baru! Tentu belum kelihatan yang comot-comot.. hehehe.. saja nak cari pasal.



Tempat parkir yang sangat luas. Lobby pula sungguh cosy dan lapang. The Receptionist? Hmm, boleh lah. Maafkan saja kalau ada yang berwajah kurang mesra pelanggan. Mungkin masih baru dan belum berpengalaman untuk berinteraksi dengan pelanggan.. cewaahh, macam lah aku ni berpengalaman sangat. Well, aku mungkin tidak berpengalaman secara praktikalnya. Namun, pengalaman mengikut mama-ayah ke beberapa hotel besar lainnya memberi aku peluang untuk membezakan khidmat pelanggan yang berkualiti ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga.

NO BEACH PLEASE!!
Semasa di reception counter, kakitangan hotel pesan agar kami tidak akan mendekati pantai kerana Jepun baru dilanda Tsunami. Terkejut!

Setibanya di bilik baru jelas apa yang berlaku apabila melihat siaran BBC WORLD NEWS. Semuanya musnah dengan sekelip mata. Kenderaan dan kapal-kapal di tepi pantai dihanyut kan air. Meski jalan raya dan bangunan-bangunan di Jepun di bina dengan kemampuan untuk menangkis kekuatan gegaran gempa bumi, namun kekuasan Allah itu sungguh melebihi segala-galanya.



Innalilah waiinailaihiroji'un.
Nikmat Tuhan manakah yang mahu engkau dustakan????
Wahai Allah yang penyayang dan maha mengasihani,
Kau selamatkan orang-orang Islam di Jepun itu
tabahkanlah hati mereka meghadapi dugaanMu.
Ameen, Ya Allah.

Bilik
Hari pertama, ayah bayar sendiri sewa bilik. Esok barulah pihak Pengurusan pejabat ayah yang akan membayarnya untuk PROGRAM SUA MESRA KAKITANGAN BERSAMA KELUARGA, seperti yang kulihat di kain rentang yang tergantung di lobby.

RM150 per nite, with 2 breakfasts. Ini yang kami dapat. Bilik memang cosy. Ada 1 queen bed. Tapi, buat masa sekarang hotel ni belum ready lagi untuk sewakan extra bed atau mattress.. Tapi kata reception girl, mereka dah tempah, cuma belum sampai saja lagi. Jadi, kalau nak sewa 1 bilik tapi nak duduk lebih dari 2 orang [muat untuk 4 orang] kena bawak toto sendiri ya. Eloknya semasa buat reservation call, sila confirm tilam dan extra bed tu dah sampai ke belum.. hehehe.

Makan Malam - Sambil menonton bencana gempa bumi di TV, kami makan bekalan yang dibawa. Nasi Ayam dan Murtabak. Rupa-rupanya nasi ayam, cuma ada satu saja..bungkusan satu lagi ayam. Ayah menyirap.. mama lagi lah menyirap, ekeke.. sebab bila beli makanan ayah selalu lupa nak check.

Malam yang sunyi tapi indah - Memang sunyi malam ni. Seolah, alam turut berkabung dengan tragedi Tsunami yang telah menimpa Jepun. Hanya deru ombak menghempas ke pantai memecah hening malam.

Ayah-mama bersembang dengan kawan sepejabat yang kebetulan tinggal di bilik sebelah. Balkoni bilik yang cantik menghubungkan kami dengan mereka. Aku dengar Pakcik Yaakob dan Makcik Zaki bertanyakan aku.. kembang telinga aku. Maklum die ade 2 orang anak bukang besar -hensem pulak- [hehehe..gatai humaira!!] Oh rupa-rupanya hanya ingin tahu aku ikut atau tidak. ekeke.. Kemudian tu bukan main mereka borak. Di selangi pula oleh keriuhan family group selang sebilik.
Riuh, dah tak sunyi lagi. Bestnya mereka buat perhimpunan keluarga.. 'Haji Maarof Family' -itulah yang aku lihat di t-shirt yang mereka pakai.

Seterusnya, kami lalui malam pertama kami dengan hanya bermalas-malas di bilik. Jemu menonton TV barulah mama-ayah benarkan adik main PS. Suka dia.

BBQ yang yok yok o - Sepatutnya kami plan nak buat BBQ Sendirian Berhad. Tapi Gang Bas Sekolah yang sepatutnya terlibat, senyap tanpa berita.. [sampai JB
nanti siap lah korang.. janji manis hanya di bibir!! Penat tau aku kemas dan bawak segala peralatan 'perang'.. ekeke.. ]

Sekian.. bersambung di catatan hari ke-2!! (",)

0 comments: