Monday, March 28, 2011

Takdirnya Aku, Dia dan Mereka






Takdir ku
Hari Sabtu -26 Mac- aku bermain bowling dengan adikku -Syamil- dan kawan-kawannya seramai tiga orang. Kami berlima semuanya. Seperti biasa mama, ayah dan seorang lagi adikku ikut sama ~ banker, harus lah ada. Kalau keluar sendiri dapat RM10 saja.. hah, jawabnya hanya dapat makan kentang goreng atau ice cream ..hehehe...

'sugar daddy' mesti ada!




Seronok, main bowling kalau korum ramai. Lane di pusat bowl tersebut pun hampir penuh semuanya. Meriah. Tak terasa hambar. Hmm, kawan-kawan Syamil semakin hebat mengumpul markah.









Ghairah untuk mengumpul markah, tiba-tiba berlaku adengan yang tidak ingin di lihat atau di alami oleh sesiapa saja.. aku terjatuh di atas lane... dan ketika jatuh tangan kanan ku di hempap oleh tubuh ku yang sungguh slim ini.. huhuhu.. terasa seperti tulang siku ku patah. Mula-mula jatuh hanya rasa sengal yang biasa, jadi aku mampu untuk meneruskan permainan hingga tamat. Kesakitan semakin terasa sebelah malamnya hinggalah ke hari ini. Ayah suruh urut dan sudah menghubungi tukang urut tapi aku seriau. Jadi aku minta tangguh. Sakit? Hmm, buat-buat tak sakit. Kalau bising kata sakit, takut nanti ayah panggil makcik tukang urut datang ke rumah.. hehe





Takdirnya Dia

Sahabat karibku dalam kesedihan, angkara hati yang tidak ikhlas dalam menjalin ukhwah -katanya- Dia rasa dipulaukan -dia yang merasa, kita hanya memandang- Berlinang arimatanya kala melampias segala rasa di hati yang terbuku. Zahirnya dan semua pun tahu dia bukan jenis yang mudah terasa hati dan menyimpan rasa begitu. Esok exam, kesedihan pula bertamu. Aku bawa dia balik ke rumah untuk dia lari dari semua wajah-wajah yang melukakan hatinya. Mujur, rumahku berhampiran kolej.

Apalah yang mampu ku lakukan, sekadar berdoa agar dia kuat dan tabah, selain dari memberi bahuku untuk dia bersandar. Menangislah duhai sahabat andai itu mampu untuk melegakan hatimu. Jangan risau, kau pun tahu.. Allah mendengar dan memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya.


Takdir Mereka

Semakin banyak ku terima berita kematian orang-orang yang terdekat dan -kalaupun jauh, mereka yang ku kenali- akibat kanser. Selepas ayah Abang Mael, ada beberapa orang lagi yang meninggal akibat penyakit yang sama.

Aku berdoa semoga mereka dan keluarga mereka yang mengalami sakit yang sama, akan terus tabah dengan dugaan dari-Nya. Hanya ini yang mampu ku lakukan.. ~ameen, ya Allah.


Begitulah takdir dari-Nya...
Sesungguhnya, Dia yang maha berkuasa di atas segala sesuatu. Jadilah sesuatu perkara itu begitu andai dia mengkehendakinya terjadi. Siapalah kita untuk menolak segala ketentuanNya meskipun pahit untuk ditelan.

Wallahua'alam bissawab.

2 comments:

areyad said...

t leh r lawan aku bowling

Humaira' said...

ayaddddd.. :p
rindu aQ kat ko dowk..