Friday, April 1, 2011

Mi Hun Sup

Lama tidak berkongsi entry tentang makanan.

Mi hun sup antara makanan kegemaran kami sekeluarga. Mama boleh masak menu ini dengan sedap. Jadi jika mahu makan di luar ianya harus sama rasanya dengan yang mama masak atau lebih sedap lagi. Di JB setakat ini tempat favourite untuk menikmati mi hun sup yang best adalah di Hutan Bandar. Biasanya kami ke tempat ini di waktu pagi (sarapan)





Bagaimana? Mengancam bukan? hahaha.. sila telan air liur yang berkumpul itu ya.. (bluweekkk)

Nampak paru goreng? Paru goreng tersebut memang garing. Makan begitu saja pun sedap.


Lihatlah gambar bergedil ini. Gebu dan lemak! Bila dikunyah terasa daging yang dicampur.. hmmm



Ini lah gerainya... Makcik gerai (lingkungan umur 40an) bertudung labuh, bertubuh rendah dan suaminya kurus tinggi memakai kupiah.



Di gerai ini juga ada menjual beraneka kuih-muih. Kalau teringin makan kuih-kuih tradisional yang lazat, boleh cari di sini. Suka kuih lopez? Hmm, ada di jual.

Nampak pakcik memakai t-shirt warna hijau gelap tanpa kupiah? Aku panggil dia tok. Dia adalah ayah kepada makcik empunya gerai. Dia jaga kuih yang di letakkan di hadapan gerai. Bukan anak dia yang masak, tapi isterinya tau! Memang cara! Isterinya hanya memasak di rumah dan tidak ikut gerai. Kuih-kuih basah (kuih talam) yang isterinya masak memang terbaik dari ladang. Paling aku suka kuih seri muka. Terasa lemak manis santan. Bukan manis gula semata.



kuih seri muka




Tempat parkir yang luas. Jadi, jangan risau tentang kawasan parkir ya.

3 comments:

areyad said...

kecian kat aku yang kt kelantn nie.. nk mkn mee hun sup cam kt johor xpat.. hmmm biler nk dpt nie... adoyai..

akuamin said...

gedebil....uiii meleleh ai liuq tuu..
pepon sblm mkn kne ce doa dlu..:)

Humaira' said...

yaD:
mmg kcian .. (padan muka..hehehe) balik Kg Bertemu Jodoh suruh ibu masak ea.. :p

amin:
sila tadah ye segala cecair tuh.. (bluweekkkss) ekeke