Monday, April 25, 2011

DEKAT TAPI JAUH

Isyak tadi aku mengikut ayah ke salah sebuah Masjid terkenal di JB ini, untuk solat jemaah. Ketika sampai azan sedang berkumandang. Ayah parkir kereta di luar pagar masjid; di tepi laluan masuk. Aku tinggal di kereta, kerana 'bercuti'.

Di hadapan masjid terdapat deretan kedai-kedai makan, baju dan runcit serta gerai-gerai kecil menjual beraneka makanan ringan dan buah-buahan. Betul-betul di seberang longkang berhampiran kereta, ada gerai menjual kentang putar dan nasi lemak. Mungkin itu gerai yang paling hampir, maka gerai dan pemiliknya menjadi perhatianku. Penjualnya budak-budak bujang; lebih tepat lelaki. Aku kagum melihat mereka, tidak malu untuk melakukan pekerjaan sebegitu. Penjual kentang putar paling menyerlah; memang kacak! Serious. Nampak lagi gagah dengan rokok di tangan... [konon] Maaf, aku kurang berminat pada lelaki perokok meski kelihatan kacak. Tapi, jodoh itu di tangan DIA.. apalah dayaku andai jodoh sudah tertulis dengan lelaki perokok.. aku redha dan tersangat sudi.. (Amaran Tengku Putri Kembang Semangkuk: sila merokok di luar rumah oGeh..!!) hehehe

Pengunjung masjid berpusu-pusu masuk ke perkarangan masjid. Suami-isteri, anak-anak kecil, bujang, dara semuanya ada. Malah ada yang datang sekeluarga. Alhamdulillah. Bila azan kedengaran sudah ke penghujung ramai-ramai yang berlari-lari anak, tidak mahu terlepas saf pertama tentunya.

Aku ternampak abang yang menjual burger kegemaranku sedang berlari menuju keperkarangan masjid. Begitulah dia yang ku kenali bertahun-tahun. Selamba meninggalkan pick-up burgernya begitu saja tanpa ada yang menjaga. Tentunya, dia tawakkal pada Allah yang menjaga hartanya itu. Di luar waktu solat, pembeli burgernya memang tidak putus. Sukar untuk aku melihat dia berehat-rehat tanpa pembeli, setiap kali aku datang ke gerainya. Rezeki yang melimpah ruah dan barakah bila kita tidak melupakanNYA di setiap detik waktu. Malah segera ke rumah-NYA setiap kali azan dilaungkan. Allahurobbi..

Abang-abang kacak yang menjual kentang putar masih di situ, meski fatihah telah mula dibaca oleh imam. Begitu juga mamat yang menjual nasi lemak. Aduhai, sebak mengisi ruang dadaku. Bukannya jauh pun masjid hanya melangkah longkang yang kecil dan melintas jalan yang tak sampai 10 langkah pun sudah tiba di pagar masuk masjid. Semasa azan dilaungkan mereka seronok menghisap rokok silih berganti dan berbual sesama sendiri. Aduhai, luluh hatiku melihat gelagat mereka...

Ya Allah yang maha pengasih.. kau ampunkanlah mereka,
Ya Allah yang maha lembut.. kau lembutkanlah hati mereka yang keras itu..
Ya Allah yang maha mengasihani.. kau kasihanilah mereka itu..
Ya Allah yang maha berkuasa..ampunkanlah aku, kedua ayah dan mamaku, adik-adikku dan semua pembaca 'halamanku' ini
ameen, ya Robbal 'alameen..


..mereka dekat, tapi jauh!

6 comments:

E n t o y C a i r o said...

allahu robbi (kopipes)..moga diri ini kian sedar dgn ceramah khas untuk yang dekat tapi jauh..

allahumma ziddna syauqan ilaik..

btw..

si jodoh perokok ...er..haha....so funny..

Humaira' said...

funny?.. nek weas jodoh ea, yo kono!! :p

for you, pls say.. 'Moh!!" ..hehe

E n t o y C a i r o said...

hahaha...

moh la ngomong moh...=P

Humaira' said...

hahaha.. notti!
yo kono toh ndoQ!! :p

E n t o y C a i r o said...

haha...kapok!!

melassey...anger riko bareng-bareng dey eh....(seng perokok)...

opo-opo pon anger tuhan barengi riko karo wong soleh-soleh wae.....amen...

(balas jgn x balas) =P

Humaira' said...

haha..nih kes pecah kaca pecah gelas la kan.. menyirap! hehehe

nek wes tentuan Allah jodoh ea karo wong ngrokok, aku redho kok (kawos!!).. tapi ne, mudah2an seng soleh.. mareng masjid limo waktu..:p