Saturday, April 2, 2011

Jumpa Lagi

Kuliah ke-2!!


Dalam kesibukan melunaskan tanggungjawab pada keluarga dan orang terdekat, alhamdulillah.. Allah mengizinkan aku sekeluarga hadir lagi dalam kuliah Isyak Prof Muhd Kamil Ibrahim di BBU. Ianya adalah kuliah ke-2 mengenai tip-tips mendapatkan haji yang mabrur. Kuliah pertama telah di adakan pada minggu lalu. [klik di sini] Terima kasih Allah atas anugerahMU.


Pandangan Mata Kasar
Jika dilihat dari mata kasar, sememangnya ayah akan kepenatan dan tidak larat untuk memandu ke Masjid BBU malamnya, setelah seharian memandu. Awal pagi kami keluar untuk ziarah Syamil di asrama. Kemudian ke rumah nenek pula. Ada hal keluarga yang perlu di bincangkan.. Entah apa, anak-anak tidak dibenarkan mendengar.. [ada orang nak memina
ng aku? haha..berangan] Pastinya wajah mereka sungguh ketat. Ugghh!


Kasihnya Allah

Kami tiba di rumah hampir waktu maghrib. Lalu ayah segera bersiap untuk berjemaah di surau bersama adik Danial. Bila ayah kembali dari surau, aku dan mama telah bersiap-sedia untuk bersama-sama ayah ke Masjid BBU pula. Sepanjang jalan kami semua berzikir dan berdoa mohon dimudahkan perjalanan. Bila kami sampai di hadapan Masjid BBU azan Isyak sedang berkumandang. Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah, memudahkan perjalanan dan urusan kami.



Pandangan Mata hati
Analogi mudah ini mungkin nampak biasa jika di lihat dari mata kasar, namun tidak jika di lihat dari mata hati. Kita gembirakan ibubapa, Allah akan merahmati hidup kita dunia dan akhirat. Dapat redha ibubapa, redha Allah juga akan kita perolehi.Kita mudahkan urusan orang, Allah juga mudahkan urusan kita. Kita gembirakan orang, Allah akan gembirakan kita. Nikmat Allah mana lagi yang mahu aku dustakan? Allahuakbar ...


Bicara Ilmu
Malam ini Prof Kamil bercakap lebih kurang 2 jam. Padat namun mudah difahami. Kebanyakan contoh adalah dari pengalamannya sendiri atau orang-orang terdekat denganya. Namun semuanya itu turut kita semua alami dan lihat sendiri.

Contohnya, dalam isu menjaga aurat. Kebiasaannya ketika keluar memakai tudung tapi bila di rumah semasa ada saudara-mara terdekat seperti sepupu datang tidak pula menutup aurat. Begitu juga ketika menyidai kain di luar rumah atau melakukan aktiviti lain. Seringkali kita lihat ibu-ibu yang bersembang dengan jiran-tetangga di luar pagar rumah atau di halaman rumah [rumah kampung] tidak menutup aurat. Mereka sering merasakan "oh tidak mengapa, hanya di luar rumah" atau "oh, tidak mengapa bukan orang lain, tapi sepupu sendiri. Sudah biasa dari kecil". Nauzubillah, semoga kita semua terpelihara dari hasutan syaitan. Kelihatannya dari mata kasar, biasa saja. Namun impaknya sungguh besar. Berdosa!!

Sili klik di sini untuk sedikit info berguna mengenai kuliah yang di sampaikan minggu ini.


HASIL KARYA


[Salah Sebuah Buku Tulisan Prof Kamil]


[Buku Pertama Tulisan Isteri Prof Kamil: Puan Roza]


Impian
Kuliah seterusnya pada 23 April. Semoga aku sekeluarga msih diizinkanNYA untuk hadir lagi. Harapan kami agar pada hari tersebut dapat bersua muka dengan isteri Prof Kamil, Puan Roza yang berwajah lembut itu. Selembut tulisan-tulisannya jua. [Kalau tidak percaya, bacalah blog Puan Roza: klik di sini] Juga buku Puan Roza: klik di sini . Buku Prof Kamil pula: klik di sini dan di sini. Buku tulisan Prof Kamil ada lagi yang lain, tapi hanya 2 buah ini saja yang menarik minatku/ kami sekeluarga.

0 comments: