Saturday, April 9, 2011

Pergi

ALLAH YANG PENGASIH

Alhamdulillah, aku masih lagi dizinkan DIA untuk bernafas di bumiNYA ini.. masih diizinkan untuk berdiri teguh meski badai dan gelora begitu mencemburuiku. Terima kasih ya Allah, atas kasih sayangMU... Terima kasih ya Allah atas limpahan rahmat dan rezekiMU yang melimpah ruah.. segala puji -pujian hanya layak buatMU..


TEMPAT PERSINGGAHAN

Hidup di dunia ini hanya sebuah tempat persinggahan sementara sebelum kita tinggal di alam kekal abadi. Pun jua segala yang kita miliki dan kita saksikan adalah juga sementara dan pinjaman belaka. Ia adalah hak milik kekal DIA, yang mencipta alam semesta dan segala makhluk yang ada. Selagi kita mampu bernafas, selagi itulah kita akan terus berada di alam nan fana ini.




TIADA YANG KEKAL


Ibubapa dan seluruh ahli keluarga, sahabat-handai dan harta-benda akan kita tinggalkan andai masanya sudah tiba. Pun dalam kehidupan seharian, belum tentu segala yang kita miliki akan kekal berada dengan kita. Semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Sebulan, setahun, hingga akhir hayat ataupun mungkin hanya bersama selama sehari-dua. Hanya DIA yang maha mengetahui..


REDHO

Usah ditangisi atau di kesali pada sebuah kehilangan atau perpisahan. Perpisahan itu bukan sebab siapa-siapa.. bukan sebab ditinggalkan atau tidak restui.. tapi, DIA itu yang menentukan segala-galanya.

Jangan sampai ada kata-kata seperti .."oh, saya kuat makan sejak ditinggalkan. maka sebab itulah saya jadi gemuk" atau.. "oh, saya tidak mahu berkawan dengan sesiapa lagi kerana saya tidak mempercayai lelaki @ wanita" dan, berbagai lagi alasan untuk menyalahkan situasi ataupun individu lain. Mungkin juga kita akan berkata begini.. "lama sudah saya mengumpul wang untuk membeli kereta idaman saya, namun tidak juga cukup-cukup. Keluarga saya sentiasa meminta bantuan kewangan dari saya". Alasan-alasan klise yang saya catatkan ini seharusnya tidak keluar dari individu yang berfikiran waras dan beriman kepadaNYA.

Betapa sombongnya kita, hingga menidakkan kewujudan Allah swt yang maha berkuasa di atas segala sesuatu. Rezeki yang kita miliki seperti wang gaji, bukan milik kita semua. Ianya harus di kongsi, bukan saja keluarga.. malah mungkin dengan individu yang tidak pernah kita kenali.

Suka tidak semestinya selesa. Dapat tidak semestinya serasi. Memiliki tidak semestinya menjadi hak milik. Kita suka dan sayang, namun DIA lebih berhak untuk disayangi dan menyayangi. Siapalah kita untuk menidakkan segala tentuanNya.

Justeru, berdoa dan bertawakkal selalu padaNYA, agar segala urusan dipermudahkan dan segala kekusutan akan terungkai.


AKU YANG BERDOSA

Ya Allah, Kau ampunkan aku Ya Allah, atas segala dosa yang kulakukan.. dosa-dosa besarku, dosa-dosa kecilku, yang sengaja atau tidak sengaja, yang nampak atau tidak nampak.. hanya Engkau yang maha pengampun ya Allah.. ameen ya Robbal'alameen.









Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

(*)
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

(Ulang *) (2x)


sumber: klik di sini