Monday, May 2, 2011

JIWA NAN BERGELORA

ROMBANGAN MAK LIMAH KE PWTC!
Alhamdulillah, Allah mengizinkan aku untuk sampai ke
Pesta Buku kali ini di PWTC. (KLIBF) Paling seronok datang ala-ala rombongan Mak limah... hahaha. Bukan mau ke KLIBF sangat, tapi mahu berjumpa Prof Kamil dan Puan Roza!! Syukran ya Allah, kau telah memakbulkan doaku.


GELORA SI MUSAFIR
Hari Jumaat-29 April, ambil Syamil di hostel kemudian terus ke rumah Pak Ucu di Bandar Botani-Klang. Masuk saja KESAS jalan sesak teruk. Aduhai.. Kalau tidak, kami memang boleh sampai rumah Pak Ucu sebelum maghrib. (InsyaAllah) Oh ya, kalau ikut plan A mama nak tidur di Melaka dan awal pagi Sabtu terus ke PWTC, sebab mama khuatir lewat sampai. (tepat firasat mama rupanya) Tapi entah kenapa mama tukar ke Plan B. Hanya DIA yang maha mengetahui.



GELORA SEBUAH PENANTIAN
Hari Sabtu-30 April, awal pagi -8am- kami dah siap. Pak Uda sekeluarga awal-awal lagi sudah sampai dari Putrajaya ke Klang untuk joint kami ke KLBIF. Kakak, Mak dan anak-anak Along akan naik komuter yang sama dari KL Sentral. Bibik pun Mak Uda heret sekali.. hehehe
..


GELORA DI 'THE LITTLE OF INDIA'
Kami naik komuter dari Stesen Keretapi Bandar Klang. Semasa menuju ke stesen, kami melalui Bandar Klang.. wowww, aku rasa macam aku dah tersesat ke Mumbai.. hehehe. Kiri dan kanan jalan dipenuhi kedai-kedai menjual sari. Majoriti manusia yangada dijalanan adalah 'mereka dan keluarga mereka'. Rupa-rupanya Pak Ucu kata Bandar Klang terkenal dengan jolokan Little Of India. Bila tengok muka-muka ala-ala hero filem tamil/ hindustan sedang mengayuh basikal aku teringat pula pada kawan blogger a.k.a orang sekampung yang seorang itu. Dia suka sangat kata dia tu muka ala-ala bangla... Kelihatan 'sungguh suci' (cekonon) dia mengaku dengan rela hati.. Sebenarnya anda sedang membuat iklan menagih simpati kan.. Ayat sebenarnya anda mahu tulis ialah, meskipun berkulit gelap tapi saya kacak... -LOL-


GELORA DALAM KOMUTER

Dalam komuter sesak teruk. 3/4 perjalanan terpaksa berdiri... huwaa.. kalau la boleh kurus macam Fazura (tak agak-agak), memang aku tak sedih. Ada pula aroma 'bunga melur' dan 'kuah kari' silih berganti.. Aroma yang menusuk ke rongga hidung selama 1 jam perjalanan.. Lagi tak tahan bila ada yang bergayut tangan ke atas. Wowwww, aroma yang keluar memang tiada filter.. wakakaka


GELORA SEBUAH HATI YANG BERGELORA

Bila sampai di hentian Putra, harus pula melalui 'kesesakan orang ramai' yang mahu membeli tiket. Masa terbuang lagi. Aku semakin sebak. Hatiku berkata-kata, sempatkah untuk bertemu mereka. Aku beristighfar dan berzikir sambil berdoa mohon terus dipermudahkan. Kemudian jenuh pula menapak ke PWTC. Panas dan bersesak dengan pengunjung lain. Majlis bermula 2pm, tapi aku telah melewati waktu itu. Aku pasrah. DIA maha berkuasa menentukan semua perancangan manusia. Seorang AyuNajwaSyafiqa berjalan sambil memujuk diri agar bersabar.

Selepas melalui segala gelora, Alhamdulillah, kami dipermudahkan untuk mencari bilik Johor. Terima kasih Pak Uda.. gigih dia mendahului yang lain. Aku tahu dia merasai apa yang aku rasa -mahu segera sampai!!


GELORA PADA SEBUAH PERTEMUAN
Majlis memang sudah tamat bila aku masuk ke bilik Johor. Hikmahnya, berpeluang berbual dengan selesa dengan insan-insan istimewa yang ingin ku temui untuk kali terakhir (mungkin) sebelum mereka menetap di Madinah. Seronoknya mereka terus saja mengecam diriku. Terasa kedatangan ku sungguh dialu-alukan. Hilang segala lara di hati. Kami berpelukan (dengan Puan Roza saja tau..) dan tentunya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar ~kenangan sebelum menutup mata.

Sebaik keluar dari PWTC, kami terserempak lagi dengan mereka dipintu hotel Seri Pasific. Alhamdulillah.. berbual lagi.. berpelukan lagi. Kali ini lebih sebak!! Ya Allah, terima kasih.


GELORA UNTUK MENATAP KARYA TERBARU
Dapat percuma buku 50 Tips Motivasi Haji dari Uncle Prof.. Terima Kasih ya! Ada tandatangan lagi. Namun buku Travelog Impian Abadi (TIA) yang percuma telah habis. Bukan mengharap sangat pun. Kalau ada rezeki, adalah. Kami ke booth PTS untuk mencari TIA. Tinggal 3 naskhah. Mama beli satu dan Mak Uda satu. Alhamdulillah.


GELORA PERUT YANG BERKERONCONG
Masing-masing mula menzahirkan rasa lapar. Kami makan di Food Court, The Mall. Ayam goreng kampung, Nasi ayam.. memang superb! Usai makan kami pulang terus ke rumah Pak Ucu. Mak, Kakak dan anak-anak Along turun di pertengahan jalan. Selepas menghantar anak-anak Along ke Bangi, Mak/Kakak akan balik terus ke Semenyih. Sedih lah bila mak tidak bersama. Mak kata esok kita jalan-jalan lagi. Yang lain 'berkampung' di rumah Pak Ucu. Pukul 11+ Pak Uda sekeluarga balik ke Putrajaya.


GELORA YANG HILANG
Alhamdulillah, sebuah perjalanan dan pertemuan yang dipelihara Allah swt. Lega, impian yang bersarang dihati selama hampir 2 minggu telah terlaksana.

Terima kasih Uncle Prof, Untie Puan Roza.. Ada rezeki, ada jodoh semoga berjumpa lagi. Terima kasih ya Allah.

6 comments:

izuan said...

Seakan menatap helaian novel, atau travelog ke Pesta Buku pula ya apabila membaca entri ini :)

Tahniah dapat pergi ke Pesta Buku lantas bertemu mata dengan penulis-penulis yang mapan sebegitu. Hajat hati saya nak ke Pesta Buku tak kesampaian kerana cuti yang singkat ditambah beberapa urusan dunia :(

E n t o y C a i r o said...

HAHAHAHAHA
HAHAHAHAHA

No komen!!..

Cess...sempat lagi ehh!!)

x pe2.. ada ubi ada batas...wachaa!!

Humaira' said...

cikgu izuan:
catatan cerita diri yg ditulis dari hati.. -.^

lama tidak singgah ke sini. semakin sibuk ya. sibuk/ tiada masa adalah ujian dariNYA. bersabarlah, Allah bersama2 org2 yg sabar. seorang pensyarah (prof) berpesan, berdoalah selalu kpdNYA di 1/3 malam agar dilapangkan masa.

alhamdulillah Allah memudahkan impian dan perjalanan saya ke KLIBF 2011 -semata2 utk bersua Prof Kamil & Isteri sahaja, bukan yang lain.. ^.^

Humaira' said...

EC:
ooo, nak pecah kaca pecah gelas? hahaha.. mak redha, nyah!

"tak perlu kata apa.. senyum!!" ekeke

E n t o y C a i r o said...

usah mencabar...
siap la cik kiah sorang ni...
grrr...(takut x takut x)
hahaha

Humaira' said...

tak takut, tapi gegel..(mata ke atas, tangan di dada) hehehe