Saturday, May 21, 2011

TAKDIR MEREKA

"Kakak, rumah anak yatim di Hulu Langat kena timpa tanah runtuh. Ada anak-anak yatim yang tertimbus Kak!!" Luluhnya hatiku dengan berita yang baru saja di terima usai solat asar.

Hatiku berkata sendiri, bahawa hujan lebat sebelah petang dan malam hampir setiap hari selama seminggu, memungkin punca kejadian tersebut terjadi.

Aku sentiasa menanti berita terbaru yang disiarkan secara terus dari tempat kejadian oleh semua siaran tv tempatan. Akhbar-akhbar online ku kunjungi untuk mengetahui berita-berita seterusnya.

Tidak dapat aku bayangkan bagaimana anak-anak kecil itu semua pastinya bertempairan lari untuk menyelamatkan diri. Pada yang terselamat tidak perlu ku gusarkan. Bagi mereka yang terperangkap. Aduhai, ketakutan dan kesakitan pastinya menyelubungi mereka.

Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa dan cucurilah rahmat ke atas mereka yang pulang ke pangkuan-MU dan himpunkanlah mereka bersama-sama orang-orang yang Kau kasihi.

Ya Allah, kau lapangkanlah dada mereka yang masih hidup, namun mengalami kecederaan. Hilangkanlah rasa takut yang menyelubungi anak-anak itu.

Ya Allah, kau tenangkanlah hati ibu dan bapa serta saudara-mara yang terlibat. kau permudahkanlah segala urusan menyelamatkan mereka dari bencana tersebut.

Amin, amin, amin, ya Allah.


Ini laporan terikini dari BERNAMA
Tarikh/ Waktu - 21 May 2011 7:02PM

Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 2 Kumpulan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Turut terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu. Laporan BERNAMA.


0 comments: